7 Nov 2015

Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka.

 
Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka. | Setelah beberapa hari asyik tengok grup wasap kelas berborak akan buat lawatan, ikut lawatan sekolah ke sana ke mari, akhirnya diri ini pun dapat jalan-jalan walaupun bukan lawatan pun sebenarnya. Hihi. Kursus kepimpinan ni dianjur bawah Mentor/Guru Pembimbing Wardah as guru Bimbingan dan Kaunseling. Bila tengok ada nama rakan Wardah bawah Dokumentasi dan Wardah pula as Sijil dan Brosur, eh sebenarnya tak ada kene mengena pun kalau ikut hihi Wardah pun tanya dekat Mentor, 

"Akak, Kem Kepimpinan itu kitaorang ikut ke?"

"Nak ikut ke? Nanti akak tanya Guru Besar dulu, kalau dia bagi akak inform balik"
 
dan beberapa hari selepas tu. 
 
"Akak dah tanya dah guru besar."
 
"Boleh ke kak?"
 
"Guru besar bagi ikut"
 
Dalam hati bersorak riang. Yehuuuuu!

Hehe. Saja je nak ikut, nak jugak tengok guru-guru handle program kursus kepimpinan. Padahal sebelum ni ada je jadi fasilitator kat mana-mana kem untuk budak-budak. Okay-okay, sebenarnya, Wardah teringin sangat nak pergi Masjid Cina tu. Masjid Cina tu sangat cantik and designnya amat tradisional. Ala-ala Cina design dia. Tradisionallahh tu kan. #sesukagulajecakap
 
Pagi tu Wardah dengan semangatnya pakai baju blouse yang biasa-biasa aje dengan seluar slack. Mujur ade seorang cikgu lagi pakai seluar. Heee. Ade geng. Hihi. Wardah, rakan Wardah (Syi), Kak Zu, Kak Gee, Kak Jun, Kak Sally dan Ustaz Zaman yang pergi. Wardah, Syi, Kak Zu dan Kak Sally naik bas. Selain daripada tu menaiki kenderaan masing-masing. Haaa, nak tawu naik bas ape. Bas Pekerja yang warna biru tu. Tersengih-sengih la Wardah dengan Syi naik bas. Haha, nak ikut sangat kan, silaa jaga budak-budak dalam bas tu. #monologdalamdiri Hihi. 
 
Pepagi lagi datang sekolah-puch card-turun kantin. Murid-murid semua akan berkumpul di kantin. Pagi tu perhimpunan macam biasa, memang rasa akward sikit sebab Wardah pakai blouse, seluar slack dengan sandal biasa. Huhu. Kem ni memang unformal pun tapi sebab tak biasa tu yang rasa kekok aje. Sudah habis perhimpunan semua, pelajar yang ikut kem kepimpinan ni tinggal untuk tunggu bus datang. Wardah dengan Syi pun tunggu ajelah dekat situ. Lama jugakla tunggu bas, rupanya tayar bas pancit. Terpaksalah tunggu. Setengah jam selepas tu datanglah bas. Maka, terkedek-kedeklah Wardah dan Syi hihi naik bas. 

Pepagi tu dalam pukul 9 pagi sampai di Masjid Cina ni. Memang ohsem. Memang cantik, dengan hiasan dalaman, landskap dalaman toilet yang siap ada lilin yang wangi tuu dan lain-lain lagi. Kami berdua cikgu praktikum ni kene jadi hakim / juri kene tengok kumpulan terbaik sepanjang sesi kem kepimpinan tu berlangsung. Mana kumpulan yang ok dan cemeralng adalah hadiah untuk mereka.

Selain tu jugak, kami bergilir-gilir jaga camera dan ambil gambar. Guna camera kak Gee tulah, Kak Gee yang baju warna mustard tu.

Masjid Cina, Melaka
Semasa sesi LDK Ice Breaking. Wardah tu haaa, photographer. Kih3
Persekitaran Masjid Cina, Melaka
Sementara guru-guru semua handle anak-anak buah masing-masing, kami merayau ambil gambar di persekitaran Masjid Cina

Gerbang Masjid Cina, Melaka
Hai, tumpang ambil gambar di sini..    
Dalam Masjid Cina, Melaka
Ceramah ringkas selepas solat Zohor, tengok lampu tuu cantik sangat.
 
Jubah ini disediakan bagi pelancong bukan Islam yang ingin masuk ke dalam Masjid, tapi kami tengok macam cantik aje, rembat, ambil gambar..heee >_< Kami dah konvo kursus kepimpinan.. hihi. Atas bersama guru-guru pengiring yang lain . Bawah tu Wardah, mentor Wardah dan Syi :)
Hadapan Masjid Cina, Melaka
Bergambar selepas habis sesi kursus kepimpinan di dalam Masjid Cina, Melaka  
 Selepas solat Zohor dan mendengar sedikit ceramah ringkas daripada imam Masjid Cina tu , kami pun bersiap ambil gambar di luar masjid beramai-ramai dan bergerak ke Planeterium, MITC. Masa tu Wardah dah mula pening-pening. I think sebab gastrik kowt, dan Wardah tak ada selera sangat nak makan. Sebenarnya ada juadah untuk guru-guru yang disediakan dan memang sedap pun. Wardah ni kalau rasa badan dah tak sedap memang tak ada selera nak makan. Bila dah masuk angin sikit dalam badan rasa tak nak makan. Huhu. Gastrik lah tuu. Masa pergi ke Planeterium pula hujan lebat. Memang bas pula tak dapat nak parking dekat dengan tangga ni, hanya sampai kat gerbang dia aja. Memang tak tahan dalam bas, Wardah ambil keputusan keluar dulu dari bas dan terus naik kat pintu masuk. Lencun kau! haha. Rasa macam pecut ape je.

 Semasa di Planeterium ni, bayaran untuk guru masa Wardah pergi ni kene bayar RM10 untuk guru. Kami pergi ada 5 guru, jadi terdapat dua tiket percuma dewasa diberikan. Untung cikgu yang dua tuu.Sapelah tu kan. Hihi. Ada banyak gambar dekat Planeterium tapi dalam kamera Kak Gee. Kalau Wardah ingat, Wardah masukkan dalam ni ya. Ini setakat satu dua aje gambar yang ada masa Planeterium.



 Semasa menunggu bus datang ni memang banyak gambar disnap. Tulah belum ambil lagi dengan kak Gee. Hewhewhew. Tak sabar pulak nak ambil dengan dia ni. 

Oklah guys. Keseluruhannya, balik daripada kem ni memang letih. Letih sebab nak kawal murid-murid ni yang macam-macam perangai masa dalam bas. Murid-murid ni memang ketar sikit dengan kak Gee. Tapi dalam bas kak Gee tak ada, tu yang dalam bas bising aduhai jangan cakaplah. Memang bising. Sampai balik daripada Planeterium nak menuju ke sekolah, bising non-stop. Kepala yang dah ting tong lagi nerdesup-desup pening. Huhu. Ingat petang-petang macam tu tidur ke ape ke murid-murid ni. Lagi kencang sembang rupanya. Last-last Wardah tidur aje dalam bas sebab tak tahan pening kepala tu. Hoho. Sampai sekolah dalam pukul 5.30 petang dan balik rumah.

Setakat itu sahaja. Bye semua :)

Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka |

10 comments:

  1. Replies
    1. yapppp alhamdulilah ^^, best sangattt hihi, dapat duk dengan budak-budak ni kita pun jadi budak-budak :) haha

      Delete
  2. Amboiii kemain seronok ye dapat ikut hihi ^^

    ReplyDelete
  3. Subhanallah ..cantik masjid cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, memang cantik kak. Memang tenang aje duk sana. :)

      Delete
  4. hi sis ☺
    I'm newbie and please support me
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  5. cikgu sama omey ngan anak-anak murid ni =D

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...