1 Nov 2015

November Dah Kunjung Tiba!!

  
November Dah Kunjung Tiba!! | Hai semua. Assalamualaikum dan semoga semuanya sihat-sihat selalu. Allahumma solli a'la muhammad wa a'la ali muhammad. Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 

bulan november

Alhamdulillah, hari ini 1 November 2015 dah kunjung tiba. Ini menunjukkan sekolah mula dah nak berlabuh ke cuti sekolah. dan tinggal 2 bulan nak habis tahun 2015. Banyak lagi rasanya hajat yang belum tercapai, banyak lagi jasa yang belum dibalas. Banyak lagi tanggungjawab yang belum dipenuhi. 

Semoga bulan November menjadi bulan yang menjadikan bunga-bunga cinta semakin berkembang dan membentuk koleksi kenangan-kenangan manis yang bakal dicipta. Wahhh, ayat jiwang jiwang gituu. Ada pape ke ni? Haha. Gilos tak adalah. Jiwa mestilah berkembang kembang supaya kita semakin sihat dan ceria selalu. Tak ada sakit-sakit. Betul tak?
 
Hujung bulan November ada seorang rakan yang akan bertukar status. Insya allah tiada apa-apa nanti nak pergi. Tapi hajatnya nak ada orang teman. Bawa bodyguardlah yang tengah cuti ni. Baru berani sikit nak berjalan ke sana ke sini. Bulan November ni merupakan bulan penghujung menunjukkan Wardah akan tamat pengajian dalam bidang perguruan ni. Tamat persekolahan ni, maka tamatlah pengajian sebagai seorang guru pelatih. 
 
Apa yang akan dihadapi selepas tamat pengajian ni....
 
1) Temuduga SPP
2) Keluarnya result pengajian
3) Menunggu result posting
 
Tapi yang pertama tu yang penting. Katanya mungkin cuti bulan Disember nanti. Banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi temuduga ni. Sementara program intership dah habis, Wardah stil kene stay dekat sekolah hingga tamat persekolahan. Ada kem kepimpinan, jamuan akhir tahun, hari Q dan macam-macam lagi projek menanti. Hihi. 
 
Ok guys. Taataa, Selamat Datang Bulan November!! 

November Dah Kunjung Tiba!! |

1 comment:

  1. hurm.. moga cepat2 la dipnggil iv... sy pn da lama menunggu... huhuhuhu

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...