25 Nov 2015

Redmi Note 2 Pilihan Hati

 

Redmi Note 2 Pilihan Hati | Hai semua, lama dah kan Wardah cerita pasal telefon bimbit idaman hati iaitu Xiaomi Mi 3 atau Mi 4. Boleh tengok di ENTRY INI. Memanglah nak sangat-sangat dekat telefon bimbit tu. Wardah pun dah deal dengan seorang senior maktab Wardah untuk angkat handphone dengan dia. Mulanya Wardah decide nak ambil Mi 4i dengan dia dengan harga RM700. Mula-mula dia dapat seorang customer tapi disebabkan lambat bagi duit dia dah pun jual dekat orang lain. Dia nak jual fullset sebab nak beli handphone lain, katanya nak beli handphone yang lebih besar skrinnya. Dia pun baru guna 3 bulan.

Tapi tulah hampehhh sebab penjual tu dah jualkan kepada orang lain. Warna putih dan fullset pulak tu. Lama kelamaan, senior Wardah kata macam susah nak dapatkan fullset sebab ada jer yang nak jualkan tapi charger dengan handphone je. Tak ada yang fullset. Last-last kami bincang, katanya elok lagi kalau ambil Redmi Note 2 model yang baru keluar tu. Redmi Note 2 katanya lagi bagus daripada Mi 4i. Sebenarnya Wardah jenis tak kisah. Dapat main wassap, waze, telegram, instagram dan sedikit game untuk hiburkan diri Wardah dah suka dah dekat handphone tu. Cumanya kalau yang best lagi kalau camera depan dan belakangnya power. Hiihi. Wardah gila camera. Waze sebab handphone yang sebelum ni tu tak ada sebab salu sesat kalau jenjalan keluar dengan famili. Paling tidak sesat pun adalah insiden bergaduh sebab salahkan orang tu salahkan orang ni sebab salah jalan. Huhu. Adatlah tu kan. Cuma dah tak boleh tahan bila selalu jah bergaduh, jadi malas dah nak keluar.


Alhamdulillah, setelah senior Wardah beli dan Wardah ada kene tambah sikit duit untuk beli aksesori seperti memory card, powerbank, OTG, charger dalam kereta tu, wayar USB, tempered glass, flipcase dah siap senior belikan. Hari sabtu 14 November lepas, Wardah pergi ke Kajang bersama rakan intern Wardah, Syida namanya. Aik, naik keretakah? Eh taklah. Wardah minta adik Wardah hantar sampai Tampin, kami naik bas pergi ke Seremban, dari Seremban naik KTM sampailah ke Kajang. Senior suruh tunggu jah kat KTM Kajang. Hujung minggu jenjalan tengok manusia pun boleh hilang stress, shopping pun hilangkan stress. Hoho. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 8 Wardah gerak ke Bus Sten Tampin, dalam pukul 11.15 pagi sampai dekat KTM Kajang tu.


Sebenarnya senior ada game running dekat Putrajaya. Ingatkan dia yang sampai dulu rupanya dia yang lambat. Katanya dia baru je habis masa Wardah sampai tu. Wardah ok je. Cumanya macam kebulur laparr. Haha. Tunggu dan tunggu dalam pukul 12 tengahari sampai. Eh. Lamanya nak sampai kepada tajukkan, cerita pasal telefon ni kan.

Alhamdulillah, ni gambaran awal masa dia beli handphone ni. Warna pink gituu.

warna redmi note 2 pink
gambar ni dari senior Wardah..

Memang teruja habis. Pink lembut. Suka sangat. Sebenarnya ada banyak warna. Kuning mustard, blue ocean, pink lembut and putih. Memang sangat best warna-warna dia. Haa. Korang mesti ada warna yang korang suka kan? Hihi. And, Wardah memang nak pilih pink, kalau tak ada pink Wardah nak ambil kuning atau biru maybe putih. Hak3. Sebab semuanya lawa-lawa.


warna redmi note 2
 sumber gambar : mi.com
 

Pilihan Wardah ialah warna pink tuuu. Cantik sangat. Kenapa mesti pink? Sebab Wardah suka. Lalala.  Banyak lagi pilihan warna yang pastinya menarik kita semua kan.Ok apa yang best dengan telefon bimbit Redmi Note 2 ni? Boleh tengok specs yang di ambil di gsmarena.



Redmi Note 2 merupakan telefon bimbit yang mempunyai dua sim (Micro-sim). Size skrin 5.5 inci.
dan menggunakan MIUI 7.0 Hebat tak ? Hebat kan. Inilah ukuran bagi body handphone ni. Memang puas sangat kalau nak menonton movie dan video ke. Kualiti gambar pun terbaik!

 sumber gambar : mi.com

Mempunyai slot untuk memory card dan internal 16 GB. Camera smartphone ni ialah 13 mega pixels di bahagian belakang dengan 4128 x 3096 pixels, phase detection autofocus, LED flash, serta 5 megapixel di camera hadapan. Ada macam-macam features yang boleh digunakan seperti panorama, manual, timer, gradient, beautify, HHT, dan scene mode.  Siap ada flash lagi kalau malam-malam tu kan tak nampak kan.

 sumber gambar : mi.com

Speaker ini delat bahagian bawah badan handphone ini. Memang jelas dan kuat speaker dia. Dengar lagu memang masyuk sangat-sangat. Batery bagi smartphones ini adalah removable battery dengan 3060mAh. Alhamdulillah setakat ni battery tak cepat habis bila Wardah gunakan. Wardah belum gunakan mobile data lagi untuk handphone ni. Haha. Nampak sangat tak topup. Bukan. Sebenarnya Wardah tak keluar jalan-jalan whole day, banyak duduk dekat rumah jadi guna wifi dekat rumah je. Setakat ni guna tak cepat habis batterry ni. Jangan risau, battery boleh dicabut keluar.

 sumber gambar : mi.com

Apa lagi ea nak cerita. Yang Wardah sedihnya tak ada earphone dapat sekali dengan barang-barang lain. Peliks tak. Haha. Selalu kalau beli telefon bimbit mesty ada sekali. Ni tak ada pulak dah. Nasib kat rumah ada satu. Bila kita ambil gambar automatically akan keluar average umur kat screen kita tu ahha. Kelakar. Themes pun banyak, memang cantik-cantik, sesuai dengan karakter Wardah ni. Hoho. #muntah. Aksesori semua yang dibelikan sekali oleh senior tu kebanyakkan semua pink belako. Haha. Auch. Tersentuh.

Wardah share sikit gambar yang Wardah ambil dengan camera Redmi Note 2 ni ya.

ni guna flash sebab malam.. cantik walaupun capture gambar dekat televisyen. Hero dalam fabulous neighbour.

gambar semasa balik dari Kajang selepas ambil hanphone. Makan bersama Syida.Kami singgah Terminal 1 Seremban, makan di KFC bawah tu.

Pentas semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan SKBB 2015 beberapa minggu yang lepas..

gambar camera hadapan. Main tokan jer ni. First selfie.

Gambar passport Wardah

Gambar semasa balik daripada menghantar rakan Wardah di Senaling. Masa ni hujan lebat.  

Semua gambar di atas tak ada edit pun. Wardah hanya tambah watermark tu. Amacam ok tak? Kalau tak cantik tu sebab Wardah yang tak pandai amik lagi. ahaha. Bagi Wardah ok macam ni. Ada banyak lagi tak explore. Sampai sekarang Wardah tengah cari jam Doraemon yang senior Wardah cakapkan tu. hahah. Iyo iyoo je kan. Ontah ontah yo buat lawak yoo. hihi. Haha. Btw, Wardah memang suka sangat telefon Redmi Note 2 ni. Mungkin akan ada Redmi Note 3 plak kan? haa, dengar-dengar macam dah ada Redmi Note 3. Hihi. Apa lagii. Apa pula penambahan pada Redmi Note 3 plak kan. Mesty lagi gojesss. Lol. Mesty punya. :)

Maaf sangat-sangat andai apa yang diceritakan tak sesempurna mana, first time nak cerita pasal telefon macam ni. Hihu. Harap Wardah dapat jaga telefon ni dengan sebaik mungkin. Macam biasa waranty ada setahun. Kalau ada apa-apa masalah boleh rujuk kepada senior Wardah tu dia akan refer kedai tu semula. Ataupun boleh pergi ke Xiaomi Centre yang dah banyak ada di serata Malaysia taw. 

Oklah. Terima kasih sudi membaca entry yang panjang ni. Adios. Redmi Note 2 Pilihan Hati |

23 Nov 2015

Separuh hari menemani doktor


Separuh hari menemani doktor | Hai semua. Siapa doktor ? Mestilah doktor tu lagi ensem dari mana-mana insan yang pernah Wardah kenal hahaha #silamuntah.Sebenarnya Wardah temankan mak dan adik si Ira ke hospital. Temankan doktor tak? Temankan doktor buat kerja laa sambil menyambil teman mak dengan adik. Lalalala. #takkenelangsungtajuk dan #merepek. Sekali sekala kan merapu merepek. Hihi


Hajatnya nak gerak pagi sebab bila fikir mesti petang ramai orang. Last2 tak jadi pergi pagi and jadi pergi tapi gerak dalam pukul 12.30 tengahari. Ni semua gara-gara Wardah yang leka main laptop dan adik dan mak yang nak pergi pun sedang layan cerita Korea. Ingatkan tak jadi pergi. Last2 jadi juga, Wardah pun ada hajat nak selesaikan dekat luar. Nak ambil gambar passport untuk dibuat temuduga SPP nanti. Jadi, jadilah pergi.

Kami pergi Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Kami adalah anak-anak askar sebab mak dan ayah bekas tentera. Jangan main-main. Ko main-mainkan anak diorang ni siaplaaa nanti, sampai lubang cacing dicarinya nanti. #huargh #janganmainmain. Alhamdulillah. Bila sampai je, tengok-tengok tak ada orang di kaunter pendaftaran. Gulp. Tengok jam pukul 1 hoho. Lunch hour memanglah. Kami pun apa lagi. Kebulur jugakkk!!. Pergi bahagian Pernama sebab mak kata tak silap ada kedai gambar kat sana. Pergi ke Pernama..nasib baik ada kedai gambar tu. Wardah pun dah bawa kot siap-siap untuk ambil gambar tu. Yes. Selesai sudah bahagian gambar passport. Tapi macam menyesal juga sebab kedai cina yang kami selalu buat gambar passport tu lagi murah dengan RM14 untuk sepuluh gambar. Ni dapat lapan jewww. Huhu. Wardah pernah buat dengan uncle ni dia siap edit gambar tu jadi beautifullah. Sangat. Tak tipu. Tapi tak apalah akhirnya siap juga gambar passport Wardah.

Gambar passport

Tapi ok jer buat gambar passport dekat sini. Dia pun tanya juga nak gambar nampak gigi ke tak nampak gigi. Wardah pilih yang nampak gigi. Dia pun siap tunjuk lagi kedua gambar yang dia dah tangkapkan tu. Oklah tukan. Comel mak Wardah cakap sebab warna nampak terang. Hihi.

Selepas tu minum minum kejap dekat kedai makan kat situ sementara tunggu pukul 2 untuk masuk balik ke klinik tu semula. Ehh lupa plak nak cakap. Kami kene buat dekat klinik jabatan pesakit luar. Tapi stil dalam Kem Terendak. Kalau perlukan doktor pakar baru dia suruh pergi Hospital Kem Teremdak untuk jumpa doktor pakar. Hospital ni pun dalam kem.

Selesai minum-minum air,  kami pun bergerak ke klinik jabatan pesakit luar tu. Alhdulillah dah boleh daftar nama adik dan mak. Mak sakit kat tangan dia adik pula ada sakit berkaitan mata dia. Macam sakit mata tapi dah lama sangat. Tu yang bawa ke klinik.

Sakit mata

Nilah adik Wardah yang bongsu tu, muka dia burn sebab dia main bola keranjang dalam pasukan bola keranjang sekolah diorang ni. Yang si kakak,.si ika tukar angin dia main handball pulak dah. Hihi. Eh lupa..mata dia sakit sejak kat sekolah adalah dalam sepuluh hari ke sebelas hari mata dia sakit.Masa lepas berdaftar, nama-nama mula dipanggil. Ermm.. Tapi.biasalah bila dekat klinik ke hospital ke kene ada sifat sabar yang tinggi.. Betul dop? Lama juga nak tunggu nama kena panggil. Hihi Akibat lama sangat tunggu nama kena panggil. Selfie sikit. 


Bila dah mula nama mak dengan adik dah dipanggil secara bergilir-gilir. Banyak kali juga keluar masuk bilik doktor yang dekat dalam klinik tu sebab prosedur dia macam tu. Selepas dalam pukul 3.30 petang.. Kami diminta oleh jururawat untuk untuk kami pergi ke bahagian kecemasan di Hospital Kem Terendak bagi menunggu doktor pakar membawa kami ke bahagian mata. Atau lebih spesifiknya bahagian mata. Kami pun pergi ke bahagia mata. Gerun juga kan bila kita sebut doktor pakar tu. Macam tahuu semua pasal sakit sakit lagi2 dalam bidang mereka.Lama juga menunggu. Last kali menunggu tu sebab tak ada dah pesakit selepas kami. Tapi bilik adik kena jumpa doktor pakar tu lama sangat jadi risau sangat-sangat. 

Inilah bilik yang adik masuk dengan mak untuk check mata dia. Lama sangat. Sampaikan daripada ramai-ramai pesakit yang ada masa Wardah datang sampailah Wardah tinggal sorang-sorang jeee . Doktor kata kelopak mata dia cuma kotor sahaja. Doktor kata juga dah berapa lama kena. Tak sakit ke. 

Apa-apa keputusannya akan diketahui pada minggu ini jugak. Adik kena datang balik hospital untuk tengok berkesan ke tak ubat yang doktor bagi tu. Mak pula..kena makan ubat yang dah diberi tu. Mak pun ada fisioterapi yang mak kena buat nanti ada tarikh yang telah ditetapkan tu. 

Balik tu memang lapar sangatttttt. Kami pun singgah pasar malam dekat Tanjung Bidara. Kami pun shopping ajelah makanan dekat situ.

Doakan ya mak dan adik Wardah baik-baik aje. Insya allah ;)

22 Nov 2015

Alhamdulillah.. Dah mula bercutii

Alhamdulillah.. Dah mula bercutii | Alhamdulillah. Wardah dah mula bercuti.. Semua ada dekat rumah sekarang. Abang..adik-adik lelaki.. Adik adik perempuan semua ada.. Abang wardah baru je sampai tadi. Dia bawa girlfren untuk si bulus Mimo. Sebenarnya Mimo tak berapa sihat..badan dia panas sangat semalam. Semalam ribakan dia atas peha, memang panas sangatlah! Tak tahu kenapa jadi macam tu. Esok baru nak bawa dia pergi klinik.


Hari jumaat selepas habis sekolah, balik rumah dan bertolak selepas solat jumaat pergi menghantar sahabat Wardah ke rumah dia kat Senaling, Kuala Pilah. Wardah memang jenis tak ingat jalan,ingat ingat lupa je jalan tu sebab pernah ikut ayah dengan emak hantar adik Wardah ke sekolah STJ kat dekat dengan kolej Matrikulasi Kuala Pilah tu. Ingat ingat macam tu aje.. So. Biasalah kalau bertekak pasal jalan tu dah jadi lumrah kami sekeluarga sebab takut sesat. Hahah . 

Jalan raya hujan

Kawan intership wardah

Hari cuti bermula

Alhamdulillah selamat sampai kat rumah kawan Wardah. Rumah dia area Senaling tu. Wardah kan tinggal area Masjid Tanah. Jadi adik Wardah lalu Alor Gajah -> Tampin -> Kuala Pilah -> Senaling. Walaupun hujan sangat lebat adik Wardah tetap teruskan perjalanan. Jalan juga selekoh yang sangat tajam. Tahu ajelah bila masuk jalan di area Kuala Pilah ini. 

Memang selekoh maut dan jangan bawa laju taw bila di selekoh. Lagi-lagi tengah hujan lebat kan. Lagi seriau bila tengok orang yang bawa laju-laju masa hujan lebat ni. Lepas hantar sahabat Wardah sebab kami dah habis intership jadinya barang-barang sahabat Wardah ni memang banyak tu yang rasa nak.tolong hantarkan ke rumah. Lagi-lagi pulak adik Wardah yang dekat Seremban tu balik sebab dah mula cuti sekolah kan. 

Selepas makan- makan ringan di rumah Miss Syi ni kami sekeluarga bergerak ke Seremban, lalu dekat area Jelebu kowt rasanya. Sebabnya.. Tahu tak memang sejuk giler kat atas jalan masa nak pergi ke Seremban tu. Kan hujan..lepas tu lalu tempat tinggi macam tu memang sejuk sangat dalam kereta. 

Singgah sekejap dekat Petron dah semua singgah toilet. Hahaha. Tak tahan sejuk semua pakat buang air. Lepas tu teruskan perjalanan ke sekolah adik. Singgah solat asar sekali. Balik tu kami lalu highway untuk balik Melaka semula. 

Sampai dekat Alor Gajah dah pukul 7 macam tu. Kami singgah makan di KFC Alor Gajah. haa craving sangat tambah lapar gilerrr. 

Makan sekeluarga si kfc

Lepas makan kami ke masjid berdekatan untuk solat Maghrib di sana. Alhamdulillah. Selamat sampai kat rumah. Bermulalah cuti kami di rumah.

Ok lah guys. Maaf tak update sebab sikit di sekolah. Skang dah cuti. Jom manage baik-baik cuti sekolah kita. Hihi.
Bye!  Alhamdulillah.. Dah mula bercutii |

15 Nov 2015

Pernah tak?


Pernah tak? | Hai semua. Quotes tentang cinta. Saja saja. 

Cool ok. Biasa jadi. kan? Hee. Sabar banyak ok kalau jadi kat diri tuuu. 

Allah nak temukan dengan sumone else yang lebih baik. 

Amin. 

Pernah tak? | 

9 Nov 2015

Resepi Giant Bubble

 
Resepi Giant Bubble | Hai semua, Wardah nak share satu resepi, resepi apa tuuuuu? Haaa, pernah dengar tak giant bubble ni? Alaaa belon yang besar-besar tu. Biasa ada kalau kat tepi-tepi pantai, ada orang sewakan alat main giant bubble dan kenekan bayaran. Haa, Ok, kalau tak dapat lagi, jum tengok gambar ni. 

Masa ni aktiviti selepas UPSR untuk Tahun 6. Cikgu Sains mereka ni, Kak Faiz yang rajin nak buat untuk murid-murid mereka ni. Katanya, Sains is fun! hehe. 

Ini sebalik tabir murid-murid sedang menyiapkan resepi giant bublle. Hoooho. Tat's one of my favourite student. Cuba teka yang mana. :P

Ini salah seorang anak cikgu


Ada satu yang Wardah main tuu jadi and besar jugakla. Best sangat sampai terjerit-jerit huhuhu. #overplakcikguni Haha. Waktu Wardah main dengan sorang student ni. Atceli, masa tu bukan masa kelas Wardah kene ganti pun. Sesaja turun padang and tengok-tengok sebab Wardah nak main sekali. Haha. 

Best tak tengok?

Bestkannn??

Hihi. Haaa, main jom tengok resepi. 

Resepinya ialah : 
250ml sabun joy
4 sudu tepung ubi
1.5 l air

kalau nak buat banyak adjust sendiri. Hihi (Maaf sebab bahan-bahan tak ada ambil gambar, Wardah turun ke kantin agak lambat jugakla)

Kalau nak belon tu tahan pecah kene perap seharian atau tak sabar nak main, simpanlah selama sejam. Masa Wardah main tu, tak tahan lama sebab cepat je pecah. So sad gaklah, tapi macam best sebab belon tuuu jadi besar sangat...Kami guna hanger dan tali. Celupkan dalam air dan jalan. Pastikan tali tu tak bersimpul sebab nanti pecah. Heee. 
 
Oklah, selamat buat giant bublle sendiri. Boleh buat masa cuti sekolah ni, spend masa dengan anak-anak, adik-adik dan rakan-rakan. 
 
Selamat mencuba!

7 Nov 2015

Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka.

 
Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka. | Setelah beberapa hari asyik tengok grup wasap kelas berborak akan buat lawatan, ikut lawatan sekolah ke sana ke mari, akhirnya diri ini pun dapat jalan-jalan walaupun bukan lawatan pun sebenarnya. Hihi. Kursus kepimpinan ni dianjur bawah Mentor/Guru Pembimbing Wardah as guru Bimbingan dan Kaunseling. Bila tengok ada nama rakan Wardah bawah Dokumentasi dan Wardah pula as Sijil dan Brosur, eh sebenarnya tak ada kene mengena pun kalau ikut hihi Wardah pun tanya dekat Mentor, 

"Akak, Kem Kepimpinan itu kitaorang ikut ke?"

"Nak ikut ke? Nanti akak tanya Guru Besar dulu, kalau dia bagi akak inform balik"
 
dan beberapa hari selepas tu. 
 
"Akak dah tanya dah guru besar."
 
"Boleh ke kak?"
 
"Guru besar bagi ikut"
 
Dalam hati bersorak riang. Yehuuuuu!

Hehe. Saja je nak ikut, nak jugak tengok guru-guru handle program kursus kepimpinan. Padahal sebelum ni ada je jadi fasilitator kat mana-mana kem untuk budak-budak. Okay-okay, sebenarnya, Wardah teringin sangat nak pergi Masjid Cina tu. Masjid Cina tu sangat cantik and designnya amat tradisional. Ala-ala Cina design dia. Tradisionallahh tu kan. #sesukagulajecakap
 
Pagi tu Wardah dengan semangatnya pakai baju blouse yang biasa-biasa aje dengan seluar slack. Mujur ade seorang cikgu lagi pakai seluar. Heee. Ade geng. Hihi. Wardah, rakan Wardah (Syi), Kak Zu, Kak Gee, Kak Jun, Kak Sally dan Ustaz Zaman yang pergi. Wardah, Syi, Kak Zu dan Kak Sally naik bas. Selain daripada tu menaiki kenderaan masing-masing. Haaa, nak tawu naik bas ape. Bas Pekerja yang warna biru tu. Tersengih-sengih la Wardah dengan Syi naik bas. Haha, nak ikut sangat kan, silaa jaga budak-budak dalam bas tu. #monologdalamdiri Hihi. 
 
Pepagi lagi datang sekolah-puch card-turun kantin. Murid-murid semua akan berkumpul di kantin. Pagi tu perhimpunan macam biasa, memang rasa akward sikit sebab Wardah pakai blouse, seluar slack dengan sandal biasa. Huhu. Kem ni memang unformal pun tapi sebab tak biasa tu yang rasa kekok aje. Sudah habis perhimpunan semua, pelajar yang ikut kem kepimpinan ni tinggal untuk tunggu bus datang. Wardah dengan Syi pun tunggu ajelah dekat situ. Lama jugakla tunggu bas, rupanya tayar bas pancit. Terpaksalah tunggu. Setengah jam selepas tu datanglah bas. Maka, terkedek-kedeklah Wardah dan Syi hihi naik bas. 

Pepagi tu dalam pukul 9 pagi sampai di Masjid Cina ni. Memang ohsem. Memang cantik, dengan hiasan dalaman, landskap dalaman toilet yang siap ada lilin yang wangi tuu dan lain-lain lagi. Kami berdua cikgu praktikum ni kene jadi hakim / juri kene tengok kumpulan terbaik sepanjang sesi kem kepimpinan tu berlangsung. Mana kumpulan yang ok dan cemeralng adalah hadiah untuk mereka.

Selain tu jugak, kami bergilir-gilir jaga camera dan ambil gambar. Guna camera kak Gee tulah, Kak Gee yang baju warna mustard tu.

Masjid Cina, Melaka
Semasa sesi LDK Ice Breaking. Wardah tu haaa, photographer. Kih3
Persekitaran Masjid Cina, Melaka
Sementara guru-guru semua handle anak-anak buah masing-masing, kami merayau ambil gambar di persekitaran Masjid Cina

Gerbang Masjid Cina, Melaka
Hai, tumpang ambil gambar di sini..    
Dalam Masjid Cina, Melaka
Ceramah ringkas selepas solat Zohor, tengok lampu tuu cantik sangat.
 
Jubah ini disediakan bagi pelancong bukan Islam yang ingin masuk ke dalam Masjid, tapi kami tengok macam cantik aje, rembat, ambil gambar..heee >_< Kami dah konvo kursus kepimpinan.. hihi. Atas bersama guru-guru pengiring yang lain . Bawah tu Wardah, mentor Wardah dan Syi :)
Hadapan Masjid Cina, Melaka
Bergambar selepas habis sesi kursus kepimpinan di dalam Masjid Cina, Melaka  
 Selepas solat Zohor dan mendengar sedikit ceramah ringkas daripada imam Masjid Cina tu , kami pun bersiap ambil gambar di luar masjid beramai-ramai dan bergerak ke Planeterium, MITC. Masa tu Wardah dah mula pening-pening. I think sebab gastrik kowt, dan Wardah tak ada selera sangat nak makan. Sebenarnya ada juadah untuk guru-guru yang disediakan dan memang sedap pun. Wardah ni kalau rasa badan dah tak sedap memang tak ada selera nak makan. Bila dah masuk angin sikit dalam badan rasa tak nak makan. Huhu. Gastrik lah tuu. Masa pergi ke Planeterium pula hujan lebat. Memang bas pula tak dapat nak parking dekat dengan tangga ni, hanya sampai kat gerbang dia aja. Memang tak tahan dalam bas, Wardah ambil keputusan keluar dulu dari bas dan terus naik kat pintu masuk. Lencun kau! haha. Rasa macam pecut ape je.

 Semasa di Planeterium ni, bayaran untuk guru masa Wardah pergi ni kene bayar RM10 untuk guru. Kami pergi ada 5 guru, jadi terdapat dua tiket percuma dewasa diberikan. Untung cikgu yang dua tuu.Sapelah tu kan. Hihi. Ada banyak gambar dekat Planeterium tapi dalam kamera Kak Gee. Kalau Wardah ingat, Wardah masukkan dalam ni ya. Ini setakat satu dua aje gambar yang ada masa Planeterium.



 Semasa menunggu bus datang ni memang banyak gambar disnap. Tulah belum ambil lagi dengan kak Gee. Hewhewhew. Tak sabar pulak nak ambil dengan dia ni. 

Oklah guys. Keseluruhannya, balik daripada kem ni memang letih. Letih sebab nak kawal murid-murid ni yang macam-macam perangai masa dalam bas. Murid-murid ni memang ketar sikit dengan kak Gee. Tapi dalam bas kak Gee tak ada, tu yang dalam bas bising aduhai jangan cakaplah. Memang bising. Sampai balik daripada Planeterium nak menuju ke sekolah, bising non-stop. Kepala yang dah ting tong lagi nerdesup-desup pening. Huhu. Ingat petang-petang macam tu tidur ke ape ke murid-murid ni. Lagi kencang sembang rupanya. Last-last Wardah tidur aje dalam bas sebab tak tahan pening kepala tu. Hoho. Sampai sekolah dalam pukul 5.30 petang dan balik rumah.

Setakat itu sahaja. Bye semua :)

Iringi Murid ke Kursus Kepimpinan di Masjid Cina dan Planeterium, Mitc, Melaka |

"Izzat Azhar buat Review Blog"

 

"Izzat Azhar buat Review Blog" |   


Dah nak tamat tarikh. Tak tahu masih boleh ke tak. Erk. Bai!

 

segmen kembara misteri burung hantu

 

segmen kembara misteri burung hantu |
 

hai, nak join tak? Syarat-syaratnya mudah sahaja. 

Nak join boleh klik banner di atas. :)

  Bye ~

4 Nov 2015

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman !

 

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman !|

http://syiralokman.blogspot.my/2015/11/rebut-wang-tunai-rm310-by-syira-lokman.html
 
 Nak join boleh klik banner di atas ye :)

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman !|

 
 

3 Nov 2015

Main-Main Salah Nombor Pulak Dah

 
Main-Main Salah Nombor Pulak Dah | For the last, akhirnya nak bercerita pula tentang hati. Walaupun hati ni dah hancur berkecai kerana seorang lelaki yang banyak menabur janji-janji tapi tidak ditepati, rasa runsing pula hendak memulakan sesuatu yang dipanggil perasaan. Trauma hendak menerima, trauma hendak mengenali seseorang insan yang bernama lelaki. Even cikgu sekolah tu pun nak borak pun rasa takut sangat. Well, Wardah tahu there's one daripada cikgu-cikgu sekolah tu pun masih belum kahwin. So. I take myself to end the wonders in mind.  I stopped to gelak-gelak with tat 'ustaz'. I stopped. Even smile. 

Meja sebelah Wardah dalam bilik guru ade seorang guru perempuan yang baik hati sangat-sangat. She know's that iam suffered. Then, satu hari, dia ada cakap.. Nak jadi menantu akak tak? I was stopped sekejap. Ya Allah, cikgu ni main-main atau serius. Day selepas tu.. ada juga dia tanya lagi. Berhari-hari juga dia tanya. Masa meeting, masa keesokkan pagi. Nada memang gurau-gurau tapi looks macam serius. Dan ada juga la cikgu-cikgu kata, siapa dapat Kak K as mother in law, mesti bertuah sangat sebab baik hati sangat-sangat. Erm. Wardah mampu senyum aje. Sengih kerang busuk yang tak manis pun muka ni. 

Wardah tak tahu nak menerima atau tak. Sejak dari hari tu, Wardah senyap sunyi sepi aje.. Jadi kekok sangat nak borak. I wonder dia perasan jugak kowt. Kadang-kadang fikir, Allah duga ke menguji atau apa nii.. Rasa diri tak cukup hebat lagi nak jadi isteri orang, rasa banyak lagi benda nak dipelajari. Hump. Sejak tat day, adalah yang perasan macam Wardah dah mula senyap. Sepi. Jarang cakap-cakap. 
 
Dah lama pendam cerita ni. Jadi pekasam dah pun. Haha. 
 
Eh, bila nak masuk cerita tajuk atas tu. Heee. Tragedi ni jadi hari ni. Boleh plak an create cerita yang dia ni classmate Cik Pa. Kelas Cik Pa ni dua orang je lelaki. Nampak sangat tak tawuu sape Cik Pa. Mana datang Cik Pa. Create cerita yang just ada nama Cik Pa. Soooo lawakkk sangat! Dush. Dah laa nombor ni tak ramai pun yang tahuuu sooo sesuka hati aje cakap kenal Cik Pa. Ko pun curi-curi baca dari wasap kawan then grab my number. Ishh. geramnya. 

Last-last boolayan sebab ntah. Macam budak-budak je. 

"Ada wechat tak?"

"Teken ke single?"

Ingat ni kaunter pertanyaan cari jodoh ke.

Eh. 

Oklah, just sharing about my life.
 
 
 
Bye semua. 

Main-Main Salah Nombor Pulak Dah |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...