Pages




6 Feb 2016

Today's doing

Today's doing | Semuaaaa gambar-gambar di bawah adalah dari semuaaaa tempat yang berbeza. Hari ini ada perjumpaan keluarga di rumah arwah nenek. Today's doing pergi lepak dengan sedara mara, borak-borak, siapkan sikit kerja untuk kazen kahwin nanti. 
 
Halaman kampung bandar
Halaman rumah arwah nenek. Banyak kenangan membesar dari kecil hinggalah besar. 

Kendarat melaka
Guess benda ni untuk apa? Okeyhh. Awak salah!! Haha. Ini yang akan dipakai oleh kendarat masa kenduri kahwin sedara nanti. Kendarat tu macam pelayan tetamu masa majlis berlangsung. Hiasan ni masih belum siap lagi. Biasa akan letak bunga kat duit tu. Dan hiasan ni akan letak kat baju kendarat. 

Kayu pallet Untuk pelamin
Selepas perjumpaan keluarga tu tadi, pergi ke kenduri kahwin anak kawan mak. Kat tanjung minyak. 

Masa ni landmark nye petronas aje. So mencarila petronas keliling tanjung minyak tadi. Kata ade khemah putih, masuk lorong.. haha cari-cari tak jumpa, bila tak jumpa rasa nak balik. Masa nak balik tu baru nampak banner besar terpampang muka sekeluarga kawan mak. Haha. Disebabkan eagernya nak makan sebab lapa juga belum makan tengahari, pergi patah balik.  Hihi. Akhirnya jumpa jugak. Dapat la makan..

Tu pelamin dia. Simple dan menarik. Kenduri tu siap ade penyanyi Hindustan. Hahahaha. Mana ntah dia import. Sedap gak suara lelaki dan perempuan tu. Hafal siap lagu hindustan.

Lepas makan sume, lepak sekejap rumah mak Lang, tumpang Solat dan jumpa kazen kejap and balik. Tu sahaja cerita hari ni. 

Esok nak pergi kenduri kahwin lagi. Mana tawu jumpa jodohkan. Hihii. Oklah bye. 

1 comment:

  1. Keluarga Zumal dah lama tak berkumpul ramai2, hanya tinggal kenangan

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...