Kehidupan tentang Guru Pelatih IPG dan seorang remaja perempuan.
31 May 2015
Extremely Kelakar
Extremely Kelakar | Apalah yang kelakarnya?? Haha. Masa ambil adik-adik wardah Jumaat petang.... adalah insiden yang bagi wardah extremely kelakar sangat! hahaha.
As usually, kalau Wardah ada dekat rumah, memang Wardah yang pergi ambil adik untuk balik rumah. Macam sekarang, adik bawah Wardah dah ada lesen, kalau dia ada, dia pulak lah. Kali ni, dua-dua ada dekat rumah. Memandangkan dia sibuk dengan preparation nak masuk tempat belajar Wardah minta dia temankan saja.
Sesampai sahaja dekat sekolah, angkat barang letak dalam kereta. Tiba-tiba si Kakak kembar ketuk tingkap kereta. Katanya pass keluar dia dah hilang. So macam biasalah kalau dah hilang mungkinlah tak boleh balik, tapikan cuti sekolah gila apa tak nak balik. Duk asrama temankan bulan bintang??
Si kakak.
"Macam mana nak menyorok ni. Kalau orang menyorok kat belakang macam mana ea. Nampak tak."
Lepas tu pergi berjalan masuk kereta. Dia cerita katanya letak beg tu awal pagi. Petang ni check dah hilang beg tu. Pass keluar dia selit dalam buku dalam tu. Ohhhh. Macam tu.
Dia duk tanya-tanya kat kami Si Bongsu kembar, si Boboy, dan Wardah. Tiga beradik ni i guess fikir benda yang sama kowt, sebabnya si Kakak ni macam berisi sikit dari kami. So macam ermmm nak fikir dalam hati "Macam tak boleh je, sebab dia 'besar' ", bagi kami laaa, mungkin terlintas terfikir gitu, sebab gaya berfikir macam sama je. Hihi.
Masa tu tak perasan dia dah masuk dalam kereta. Rupanya dah siap menyorok dah! Haha. Boboy duduk dekat seat sebelah driver. Si bongsu belakang Wardah. Seat Boboy tue dah kebelakang sikit. Macam seat orang nak tidur tu. Then, dalam kereta ada dua bantal besar bentuk segi empat sama. Habis dia tutup-tutup badan dengan bantal dengan beg. Wardah toleh belakang, EH, HILANG DAH BUDAK NI. hha. Memang tak nampak pun dia. Memang pandai menyorok =="
Lepas tu, dia keluar balik. Hahaha. Siyes DAEBAK adik Wardah ni. Lepas tu, Wardah cakapla, tak payahla menyorok-menyorok. Kang lain pulak jadinya. Dah bincang-bincang, she was, emm oklah, kita jumpa Cikgu S***D (ketua warden), Wardah pun bawalah jumpa cikgu tu. Dekat je, drive sahaja ke rumahnya dalam kawasan sekolah juga.
Jumpa then tanya how is it? Rupanya cikgu S***D tu tiada, isterinya sahaja yang ada. Adeh, pulak dah. Acane acane? Last-last we decide nak buat kaedah nyorok tadi. Haha. Jangan ikut ye anak-anak. Mereka ni akan letak pass keluar atau sejenis kad pada pak guard. Jadinya, as we plan. Sesampai je kat pak guard, buat-buat selesa je. HAHAK. Rupanya pak guard ni memang kenal adik-adik Wardah ni.
Si Bongsu keluar kereta dah hantar kad. Lepas tu pak cik guard tanya. EH SATU JE KE? Adik Bongsu ni jawablah, aah SATU JE PAK CIK. haahaa, keadaan tidak menyelesakan di situ. Last-last, em "SEBENARNYA PAKCIK KAD KEMBAR SAYA BARU JE HILANG TADI" Masuk dalam kereta, BERDEKAH-DEKAH kami semua gelak. Bila adik kata macam tu kat kami. Sebab si Kakak dah menyorok siap-siap. KANTOI MENYOROK! hahahahaha.
Pak cik guard tu sebenarnya ok je, sebab adik Bongsu terang dah kat pak cik dah jumpa warden tapi dia tiada. Pak cik guard just ok, and bagitahu nanti bagitahu cikgu S***D ye. Then, pak cik guard tu pun senyum-senyum. HAHAHA!
Lepas tu, i was macam heh. Sengih je lah kat pak cik guard tu. HAHAHA.
adodoi :p nasib baik lepas kluar
ReplyDeletebhaahhaa sebenarnya bahaya juga kalo xde kad tu.. rekod sekolah nak trace kang apa2 jadi..
ReplyDeleteda inform ke ketua warden ? kakak pun sama eh skongkol wakakak.. tapi adik bongsu paling epic. pecah terus rahsia.. maybe dia da serabut kot..