Majlis Perkahwinan Belah Lelaki | Abang Sulungku | Selepas je habis daripada last day bersama anak-anak murid yang tercinta, petang tu, lekas-lekas kemas barang di rumah sewa, sebab tak nak duduk dah di rumah tu, kecuali sem depan tinggal selama sebulan untuk proses intership di sekolah yang sama. Kemas-kemas barang menunggu kembar datang dengan asben dia untuk angkat segala barang-barang ke asrama. Memang gracias sangat-sangat kepada kembar yang datang dari sekolah yang lain semata-mata nak tolong hantar barang ke asrama dan hantarkan ke bus sten untuk Wardah balik ke Melaka malam tu jugak.
Semoga persahabatan dan pertolongan macam ni takkan putus daripada insan yang bergelar sahabat ni. Susah nak cari sahabat yang kita tak kenal sangat pun yang sanggup bantu kita masa kita dalam kesusahan. Terima kasih kembar. Ada satu hari nanti Wardah akan ceritakan hal kembar dalam blog. Isyh, kalau dia baca ni, kembang bermangkuk mangkuk dia. Hihi.
Balik sahaja 30 April tu, kemas-kemas naik kereta kembar dan balik asrama. Angkat barang letak dalam bilik, kemas barang nak bawa pulang ke rumah, then mandi terus dan asar di bilik. Selepas tu, siap-siap nak balik ke Melaka. Mujurlah ade kembar, memang banyak sangat terhutang budi kepada dia ni. Dialah yang hantar Wardah kalau member praktikalmate tu ada hal masing2 yang tak tahu betul ke tak alasannya tak boleh hantar ke rumah sewa. Hanya yang mampu Wardah fikir ialah positifkan diri sahaja.
Panjang pula introduction. Sesampai je kat Melaka, pagi tu bersiap-siap nak ambil muffin / cupcake di rumah kak Farah. Alhamdulillah, selesai berjumpa dan angkat semua cupcake tu, drive pula ke rumah dan tibalah masa nak masukkan semua cupcake dan muffin tu ke dalam goodies beg kahwin abang tu. Memang banyak. Mujurlah ada adik-adik dan diorang pun balik juga. Memang best rasanya buat kerja beramai-ramai. Hihi
klah, sebelum entry ni bertambah panjang, jom kita layanlaaa gambar majlis perkahwinan belah abangku. ^^
|
united famili in dis event, this is my family :) |
|
abang Wardah dan isterinya, k wany ^^ masa tengah berarak ke rumah kami.. |
|
kesian pengantin takda payung. Huhu. Blame the pakej perkahwinan. |
|
pengantin lelaki dan perempuan berbisik ketika makan. hoho apalah yang dibualkan tuu. :P |
JOM TENGOK GAMBAR BELAKANG TABIR PULA... :)
|
pantang nampak kamera adik-adikku ini hihi |
|
Wardah pun pantang nampak kamera. hoho :P |
Malam hari jumaat, ade buat kenduri tahlil untuk arwah nenek memandangkan ramai yang ada sedara mara semua dan masuk hari ke 40 peninggalan nenek di dunia. Memang agak sibuk sikit. Nasib baik guna pinggan dan cawan polistrin, tidaklah penat sangat nak membasuh.
Pagi esoknya, adalah majlis belah abang Wardah ni. Meskipun banyak kekurangan Wardah tetap bersyukur sebab biasalah abang sulung kan, mana yang kurang kita topup kemudian majlis pula. Tapi apa yang Wardah boleh pesan, kalau nak cari pakej katering, carilah yang betul-betul ok. Majlis abang Wardah ni, makanan tak sampai-sampai pagi tu which is ramai yang dah datang pagi tu. Malu pun ada, tapi kami tetap sabar menunggu. Kalau boleh juga, biar kita rasa dulu lauk yang diorang buat. Huhu. Ni pendapat Wardah la. Wardah tak sempat merasa pun lauk yang dihidangkan caterer ni, tapi mostly kazen-kazen cakap tak berapa la. Huhu. Tanya ayah, ayah kata bolehlah buat makan. Wardah takkan dedahkan nama pakej caterer tu tapi service tak berapa sangatlah.
Makanan yang tak ditambah bila habis, air yang tak ditopapkan bila dah habis air, kami tak diserve dengan baik. Abang pula yang terpaksa cakap dengan adik beradik yang lain untuk suruh caterer topupkan makanan dan minuman tetamu. Memanglah sangat teruk bagi Wardah. Harapnya, cerita ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Biar apa yang kita bayar seiring dengan ketiptopan service yang akan di buat oleh pekerja mereka, bukan buat ala kadar sahaja. Scallop yang dipasang pun xberapa memuaskan, ini apa yang disebut oleh mak Wardah.
Habis majlis, barang-barang seperti tempat buffet tu ditinggalkan macam tu aje. Tak dikemas, makanan tak dibungkus. Kami pula yang kene bungkuskan. Huhu. Wardah tak tahu tempat anda semua macam mana kan. Tapi pernah juga kazen guna katering. Kami tengok orang caterer yang bungkuskan, dan kami cuba bantu sekali bukan kami yang kene bungkuskan semua. means yang di majlis abang Wardah ni, dorang tak ada pun nak bungkuskan. Memang lahaiii.
Semoga apa yang disharekan kat sini jadi pengajaran buat kita semua. Mungkin abang Wardah dah tersilap pilih pakej catering. Mungkin jugak beliau tak sempat nak tengok secara rapi pakej catering ni awal-awal kesannya jadi macam ni. Apa boleh buat, jadi pengajaran untuk semua.
By the way, Wardah malas nak fikir sangat. Majlis dah pun selesai. Alhamdulillah. Abang dah bergelar suami. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke syurga. Aminn amin.. Akhirnya selesai sudah Majlis Perkahwinan Belah Lelaki | Abang Sulungku :)
p/s : Anak sulung sudah, anak keduanya bila lagi?? :P
tak best nyaaaa package takde payungggg. macam pelik je. btw cantik tema purple purple! :D
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat psgn pengantin..
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat abg wardah...
ReplyDeleteSabar ya.. biasa la buat hari cuti sekolah mesti catering ada yg xkena... lepas giliran siapa kahwin kena pilih betul2 taw