1 Aug 2015

Perkhidmatan Ekspress Perdana yang Tip Top

Perkhidmatan Ekspress Perdana yang Tip Top | Sebelum Wardah menamatkan belajar di bumi Kelantan ni, Wardah nak rekemenlah perkhidmatan bas yang tip top dan bagi Wardah sangatlah bagus servicenya. 
Bas Ekpress Perdana ni asalnya adalah daripada negeri Kelantan sendiri. 
Apa yang Wardah boleh katakan best ialah perkhidmatan driver dan co-drivernya.
Sebelum bergerak bergerak ke suatu destinasi, driver bas ini akan check dahulu semua penumpang. Kalau ada yang belum sampai lagi tu, dia akan tunngulah dalam 5 ke 10 minit jugakla. Dia akan kira bilangan penumpang sampailah diorang puas hati.
Kalau lepas 5 hingga ke 10 minit tu masih tak sampai lagi. Dyeorang jalan sahajalah. 
Bus Ekpress Perdana ni akan berhenti untuk rehat makan, dan solat. Kalau contoh Wardah bergerak dari Melaka ke Kelantan, dia akan berhenti dekat Cherating macam tu. Kalau ada penumpang yang nak buang air driver bas akan berhentilah dekat mana-mana tempat yang berdekatan. 
Yang penting sekali, kebanyakkan yang Wardah naik Ekspress Perdana ni, driver bus ni akan berhenti untuk solat Subuh. Diaorang akan bukak lampu bus, jeritlah dalam bus. Subuh ! Subuh ! Haa, siap kejutkan sekali. Kalau sampai kat mana-mana perhentian, ada yang rajin akan jeritlah sebagai contoh sampai kat Gemas. Pemandu akan buka lampu dulu dan jeritlah pemandu bas tu, "GEMAS! GEMAS!" Memang bagus.
Lagi satu pemandu Ekpress Perdana juga selalunya akan check sorang demi seorang, dan pastikan penumpang dah semua naik ke belum. Tak adalah yang akan tertinggal ke tercicir ke. Dia akan tanya kita contoh kerusi depan kosong. Dia akan tanya, depan ni ada orang tak? Dia akan tanya sampai lah dia rasa puas hati, dia bergeraklah. Bus tu. 
Selain tu jugak, contoh ade penumpang minta turunkan dekat sini sini, kalau lalu dia akan turunkanlah kat tempat penumpang minta turunkan tu. Memang baguskan?
Tulah antara yang best kalau naik dengan Bus Ekpress Perdana. Aircond tu memang sejuk lahaiii tak leh bangkang. Haha. 
Oklah Wardah boleh bagi 4 1/2 BINTANG pada Bus Ekpress Perdana. Hihi. 
Tta!

4 comments:

  1. xpernah lg naik bas perdana sbbnya bas ni xpergi ke destinasi sy... klau service ok mmg terbaiklah...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak naik bus... tapi sekarang banyak perubahan kan... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. wah qila rasa dulu pernah naik tp tak ingat dah ahaha tah tahun brapa tu huhihu

    ReplyDelete
  4. haaaa dngr la nasihat senior ya adik2 sekalian..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...