4 Sep 2015

Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran


Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran | Wardah takut pula asyik post pasal putus cinta ni. Takut kengkawan blogger lain menyampah. Huhu. Alhamdulillah dah semakin baik dan semakin pulih. Biarlah dia dengan kebahagiaan dia. Dia dah pun ketemu kebahagiaan dia. Semoga selamat dengan ikatan perkahwinan. Semoga bahagia hingga ke syurga. Telah ku buka ruang dia bersama orang yang ku tuju, rupanya orang lain yang menjadi pengganti. Buat dirimu yang bernama R, Wardah ingat dia bersama R, rupanya dengan orang lain pula. Sabar duhai hati. Sabar. Allah ajar untuk menjadi sabar juga tu. 

Tapi, tersimpul juga dalam hati.

Mudahnya mencari ganti.

Rupanya sudah dari bulan Mei lagi menyulam kasih baru.

Allah jua yang memegang hati ini, DIA tunjukkan real life of he. Terkejut juga.

Tersentak jua dijadikan begini.

Sabar sahaja dengan dugaan MU.

Hemm, rasa nak kongsi pula Tanda-tanda Bila Lelaki Beralih Arah. Perlu ke tak eh? Agar hati wanita boleh buat persediaan, agar hati wanita lebih terbela. Insya allah.

Akan difikir-fikirkan semula. 

Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Allah Maha Mendengar Setiap Sesuatu. Allah Maha Mengetahui Setiap apa yang belaku. Allah sayang aku, Allah sayang hati aku. Allah sayang diri aku. 

Move on. 

Pesan ma yang menusuk jiwa ini, Janganlah kita menilai seseorang jahat ke baik... Moga aku dapat mengaplikasikan apa yang mak pesan pada diri ini. :')

Rakan-rakan yang lain pun rasa geram dengan apa yang berlaku kat diri aku ni. Tapi aku boleh fikir lagi yang baik-baik pasal dia? Haha. Lawak jugak aku ni kengkadang. Aku memang kuat sekarang. Insya allah. 

Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran | May Allah bless our life.

2 comments:

  1. Sabar wardah, insyaAllah ada yang lagi baik untuk wardah..")

    ReplyDelete
  2. Tentu akan dapat banyak hikmah nanti.. In shaa Allah. Amin. KTC doakan yang terbaik :) Keep calm and move on ! ^^

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...