Cerita Cuti Raya Aidiladha
Cuti Cuti Raya Aidiladha | Selepas sampai ke Jumaat pagi dari Kelantan, tidak putus-putus berjalan di Melaka ni. hahaha. Penat tak penat mana, tapi puaslah jugak berjalan. Insya allah esok pula akan mengambil adik di Uitm Jasin. Ramai yang balik cuti ni. Cuti sekolah kan. Kembar balik. Abang cik balik, Esok pula ambil Boboy. Cuma abang sulung Wardah aje yang tak balik sebab dia terpaksa uruskan Qorban di kem askar dia.
Balik dari 17hb, sebenarnya malam Khamis tu ada dinner. Tapi Wardah tak dapat pergi sebab perancangan dinner tu last minute. Wardah pula dah beli tiket bas sebulan awal. Hoho. Punyela semangat nak balik rumah. Hahaha. Sebagai hadiah, Wardah hanya create video within 6 minutes macam tu untuk dipaparkan malam dinner Pendidikan Agama Islam Sem 8 tuu. Buat kat hotell kowtttt.. Sobs Sobs. Sedih sangat-sangat tak dapat nak pergi. Uwaaaa. Malam tu Wardah dah atas bas. Tengok aje kawan-kawan update gambar dalam grup kelas. Btw, video yang dah disiapkan tu harapnya jadi buah tangan atas ketidakhadiran Wardah dalam dinner tu. Ada hikmah jugala Wardah balik 17hb, sebabnya, adik-adik Wardah balik pula sebab dah mula cuti sekolah kan. Dalam pukul 9 pagi,18hb, ma Wardah ambil dekat stesen bus Alor Gajah. And guess what, Humairak ade dalam tu!! Sape HUMAIRAK?? hehe, Anak angkat Wardah. cett. bukanlah, anak yang mak Wardah jaga. dan memang sangat kiut miut. Putih dan mata hitam yang besar, bibir pink dia yang buat Wardah tertarik sangat2 kat dia.
Haha, and sebab for the last month Wardah tinggal kat sana, tak tahulah bila langi Wardah akan datang lagi ke Kelantan. Jadi disebabkan itu, Wardah banyak beli barang sebab mostly barang-barang kat sana memang murah berbanding dengan harga kat sini yang memang standard. Contoh, macam skirt, jubah, tudung, shawl dan macam-macam lagi. Haha. Bukan untuk Wardah aje, untuk ma Wardah juga yang nakkan jubah kat sini. hihi. Memang ada rumate bawa jenjalan kat kedai area Pasir Puteh, ade kedai yang jual murah-murah. Macam Zaleha Textile dengan Shuhada Shoppe. Erk, kedai Shuhada Shoppe kawan-kawan boleh search kat fb. Dia ada page. Kedai tu la. Lepas ni beli online ajelah. Kat kedai Shuhada Shoppe tu. Siapalah nak bawa jenjalan shopping nanty kan..lagi-lagi kat Kelantan..Harapkan diri sendiri jela nak bawa jenjalan sebab adik-adik semua kecik-kecik lagi. Heee. Wardah kan kuat dan berdikari. Cett. Dah ada handphone idaman nanti bolehlaa jenjalan, jenjalan guna waze nanti. Insya allah.
Hari Jumaat pagi, rehat sekejap, then, dalam pukul 11 pagi bergerak pergi ambil adik kat Seremban. Lepas tu balik, sampai dalam Asar, hantar adik ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Rupanya diorang ada program Easy Math selama dua hari. Hantar sampai homestay dia aje. Ahad ambil diorang balik. Lepas tu, mak ajak jenjalan shopping kat Tesco. Mak pun dah jadi ahli, lepas ni bolehlah kumpul mata banyak-banyak. Hoho. Lepas ambil adik-adik hari Ahad, malam tu pergi funfair. Sekarang ada lagi rasanya, kat Dataran 1 Malaysia tu. Kali ni memang besar sikit daripada kebiasaan. Wardah pergi dengan keluarga Wardah dengan keluarga kembar mak. Memang lepas tension betul. Naik buaian yang boleh duduk berdua tu. Naseblah Wardah tak muntah-muntah macam adik dengan mak. Semua mabuk lepas tu. Ingat nak naik permainan buaian yang duduk sensorang tu, tapi belum ada keberanian plak. Kus semangat tengok buaian single tu hayun sampai bape degree tak boleh cakap laa. Ngeri uiiiiii!! Parking plak jangan cakaplaaa, memang penuh. hah.
Hari keesokannya pulak, pergi Melaka Sentral, pergi ambil printer yang Wardah tumpangkan hari tu. Dia janji pukul 5 petang, tapi Wardah terlebih dahulu dah datang awal. haha. Excited terlebih. Kih3. Tunggu punya tunggu, sampailah rakan Wardah ni. Nasib ada rakan macam ni. Dahlah tak kenal sangat, duk bagi menumpang barang pula. Memang gentle laaa. Sampai printer pun dia angkatkan pergi kat kereta Wardah. Haha. Dah leee berat. Sian pulak tengok, sebab hari tu pun masa nak bagi printer pun dia yang angkatkan. Nak angkat dia tak bagi. Hoho. Terima kasih banyakk-banyaakkk la yeee.
Nak setoriii pasal exam, exam nak kata mudah taklah mudah sangat. Sederhanalah boleh Wardah kata. Harap-harap keputusan pekse baik-baik aje. Aminnn. Sekarang ni, lepas cuti kami akan mula intership. Intership Wardah buat dekat dengan rumah aje. Insya allah ada rakan dari IPG lain yang buat sekali dengan Wardah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Sekarang duk kemas-kemas bilik lagi. Tinggal bahagian baju nak setelkan lepas ni.
Esok, kita digalakkan puasa Arafah. Insya allah kalau tak ada halangan Wardah pun nak puasa. Jom jom! K lah, panjang bebenorrr dah ni.
Taataa~
Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha nani :)
Deleteselamat bercuti. hehhehe
ReplyDelete