Pages




26 Sept 2015

Malam BBQ


Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas, selamat buat tahlil untuk arwah nenek di rumah nenek Wardah kat Klebang. Great to hear ramai juga sedara mara yang hadir walaupun tak semua yang ada. Macam-macam juadah yang ada. Keluarga kami bawa yang sampingan aje means tak berat . Wardah buat cheesekut dengan kek batik, hajatkan hati nak buat puding jugak. Tapi macam banyak sangat pula. 

Bila semuanya dah ada, lepas isyak kami pun buat tahlil. Tunang sepupu yang tolong handlekan. Sebabnya, biasanya abang Wardah yang handle, abang tak dapat nak balik, jadinya minta orang lain yang uruskan. Lepas tahlil u ade buat BBQ. Sedara lelaki yang tolong bakarkan ikan, ayam, udang, sotong, and ade jugak daging kambing. Mulalah my sepupu ni tersipu-sipu nak makan kat luar sebab tunang dia ada sama.  Hoho. Macam tu rasanya bertunang, masih ada lagi rasa malu-malu. Memang daebak. Wardah doakan mereka ini bahagia hingga ke syurga. ^^

Mak pula buat kuah rojak, rojak yang disediakan untuk makan buah-buahan tu. Famili mak ngah pula buat sup daging, famili mak long buat nasi beriani, famili cik ina pula buat spageti dan kuih karipap dengan popia, famili mak lang pula buat nasi lemak. Macam-macam ada.. sampai tak larat nak makan. Hoho. 

Wardah tak berapa nak ceria sangat malam tu, sekali mulalah sedara mara nak mengusik pasal kahwinlah, kene belajar jaga baby lah. Hermm hermm. Mulalah dorang ni duk berkumpul. Mulalah bergosip, baik aku cabut dulu. Hahaha. Memang Wardah lari pun, duk masuk bilik, tengok laptop sedara yang Wardah amek movie dengan dia. Opss dan mulalah cerita pasal Wardah. Wardah buat tak dengar aje. Ade sedara yang bawa baby dia, umur dalam sebulan lebih la, ade kakak dia nama Nur Dina Suffiyah. Nama baby tu Marlisa Zazira, comel aje nama anak-anak dia ni. Wardah suka layan budak-budak. Nur dina ni dah pandai cakap sebutir-sebutir dah dan dia suka meniru cakap orang lain. Perkataan-perkataan yang dia sebut macam "Takut" "Sakit" "Kucing" dan macam -macam lagi. Wardah rasa Wardah update cerita pun macam mendatar je cerita. hahahaha. Mood dah ade, tapi lebih kepada tiada mood. wakakakaka. Apa bahasalah ko pakai ni kan. 

Lepas ni mula masuk sekolah semula. Nasiblah ade geng nak buat sekali, Ahad ni ambil dia kat Terminal 1, Seremban, Tu pun masa nak hantar adik ke SMAP, Labu nanti. K lah, nak sambung mengemas rumah lagi. Babai!

3 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...