Pages




26 Sept 2015

Motor Berhenti Tiba-tiba


Motor Berhenti Tiba-tiba | Hai semua, hari ni teman mak lagi pergi jenjalan. Kali ini naik motor tapi mak yang bawa sebab Wardah tak pandai nak bawa motor. Hoho. Petang Wardah kene hantar sedara Wardah ke hospital Melaka sebab family dia pergi ke Perak. Jadi Wardah antara yang boleh hantar ke hospital. Pagi tadi pergi kenduri kahwin dekat Pokok Mangga.

Tetiba, dalam perjalanan.. motor berhenti dengan mengejut. Memang secara tiba-tiba. Kami berbaju kurung kowt. Hoho. Terasa ayu jeeee motor tetiba mati kami pula berbaju kurung. sopan gitu.. Hihi. Press punya press motor tak boleh start. Telefon pula adik yang selalu guna motor tu, dia kata press aje banyak-banyak kali. Last-last tak hidup jugakkk. Uuwuwuw. 

Duduklah kami menunggu dan menunggu. Tunggu apa tu. Kami pun tak tawu ape nak buat. Kedai motor pun tak tahu kat mana. Masa tu kami dah sampai dekat Tanjung Kling. Tetiba....
Ada satu motor datang kat motor kami. Ade seorang lelaki, iras macam cina-cina sikit tapi orang Melayu.. dia tanya kenapa, dan dia checkkan motor tu. Rupanya....

Minyak dah habis!!! Kih3. Mak kata ade sikit lagi. Tu yang tak berhenti isi dulu. 

Lelaki tadi pergi stesen minyak dan pergi isikan minyak petrol dalam botol. 

Sesampai aje dia, dia isikan minyak dalam tangki motor, dan alhamdulillah boleh gerak. 

Mak nak bagi duit minyak sebab dia belikan minyak tuuu, tapi dia tak terima. Terus lari naik atas motor dia dan jalan.Terus tinggalkan kami. 

Ya Allah, baiknya. Semoga dia dirahmati Allah dan sentiasa dipermudahkan urusan sebab dia pun sudah permudahkan urusan orang lain. 

Lepas tu kami pun pergi kenduri kahwin, singgah di Kuih Keria Antarabangsa. Rupanya kuih keria ni jadi tempat yang hangat juga masa cuti ni. Ramai giler orang beratur beli kuih keria dia. Sedap wooo. Selepas beli kuih keria ni, pergi singgah rumah nenek, makan-makan, dan balik. Petang siap-siap dalam pukul 5.30 petang bergerak pergi rumah saudara nak hantar dia kat tempat kerja. Balik singgah solat dekat rumah nenek, dan bawa si Putih balik ke rumah. Sekarang ni ade dalam sangkar kat rumah. Nak tahu ape reaksi Mimo bila Putih ada kat rumah? Esok Wardah cerita ya.. 

Nak sambung tengok televisyen. Tata!

3 comments:

  1. hihihih.. minyak dah habis rupanya... Baik hati pemuda tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, ingatkan kenapa dah tadi. kowt2 ada benda lain rosak ke. rupanya minyak. huhu, tula terkejut gak ade yg tolong. alhamdulillah :)

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...