Santai-santai di Pondok Moden Jeli
Santai-santai di Pondok Moden Jeli | Hai semua. hujung minggu yang lepas pada hari ahad dan hari Isnin, Wardah dan rakan-rakan kelas Pendidikan Islam 1 dan kelas Pendidikan Islam 2 telah berprogram di Pondok Moden , Jeli.
Selain dapat berukhwah, berceramah menambah input-input tentang kehidupan selepas bergelar seorang guru lebih-lebih lagi seorang ustaz dan ustazah Wardah dapat merasai pengalaman tinggal di Pondok Moden, di Jeli ini. Program yang agak santai-santai dan tidak terlalu berat memandangkan kami baru sahaja selesai membentangkan VIVA yang sangat menakutkan itu. Tak menakutkan sangat pun. Huhuk.
Pada hari pertama sampai sahaja, terus diberi taklimat. Ada pembahagian kumpulan, kene buat persembahan jugak At last tak buat pun persembahan kumpulan tu,melainkan kene buat refleksi berkumpulan sahaja. Pembentangan kat depan macam tu je. Hihi. Mudah dan sangat santai.
Alhamdulillah, dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih rapat lagi. Malah dapat mengenali pensyarah-pensyarah dengan labih lagi. Banyak kenangan semasa di Pondok Moden, Jeli ni. Hihi. Banyak juga gambar yang telah diambil sebagai kenangan. Sempat jugak buat video klip nasyid bersama seorang sahabat ni. Hoho. Rasa macam artis pun ada.
Malam pertama di sana kami buat bbq. Sedapnya. Rasa macam nak lagi. Nak lagi nak lagi. Lepas ni tak jumpa dah sahabat-sahabat ni. Bila lagi boleh jumpa melainkan Wardah pergi jenjalan di Kelantan ni. Malam tu juga ada penceramah tersohor dan kami dapat kain sarung / kain batik percuma je. Comey sangat warnanya. Wardah dapat warna pink. :)
Hari kedua, tazkirah Subuh, sarapan, taklimat pengurusan kewangan, refleksi kumpulan dan individu, penyampaian hadiah, ucapan perpisahan dan bergambar bersama-sama. Ada yang menujukan satu lagu buat pensyarah-pensyarah sini. Yela, mereka sudah lama bersama selama 5 tahun. Walaupun sedemikian, tersentuh juga di hati tentang keakraban ukhwah sahabat-sahabat ini.
Penginapan di Pondok Moden ni siap dengan katil dua tingkat di dalam satu bilik. Ada dalam 12 katil yang diletakkan di dalam satu bilik. Ada 6 ke 5 buah bilik di situ. Pemandangan juga cantik dan sesuai nak buat program di situ.
Setakat itu sahaja. babai~
Bestnyaa :)
ReplyDeletemailaaa p kelantan ! :P
Deletebagusnya ada program seperti ini. mungkin program seperti ini digalakkan kepada pelajar sekolah menengah juga
ReplyDeleteaah. hihi. betul tuuu
Deleteada program pengisian macam ni baguslah =) terisi masa2 trluang tu.. kan..
ReplyDeletesenang lew dalam hati.. dah lepas viva heeee..
hahahha, betul betul betulll. lepas satu tekanan hoho. memang best program macam ni. tak ada lah nak teringat2 dia plak. haha
Delete