27 Sep 2015

Terancam Katanya


Terancam Katanya | Semalam, pabila balik dengan mengeluarkan sangkar yang free to bawa ke mana-mana tu, there's Putih in the sangkar. Ramailah rakyat jelata di rumah mula proses hidung masing-masing menghidu bau Putih. Si anak-anak kucing yang bertiga mulalah menghidu kucing 'baru' yang BARU je sampai rumah kami. 

Putih, kucing arwah nenek. Berbekalkan kasihan sangat kat Putih yang tiada orang jaga secara seharian, Wardah nekad nak bawa putih balik. Dalam masa yang sama, risaukan sesuatu. Bolehkah rakyat jelata dekat rumah ni menerima Putih? Putih ni kucing tua jantan yang dikira otailah antara rakyat jelata kat rumah ni. Haha. Rakyat jelata yang dimaksudkan tu ialah Kelabu, Celak, Mimo, Si ibu dan anak-anak kucing yang baru lahir ada 3. Putih hanya ada orang berikan makanan dalam mingguan macam tu. Minggu tu ade sedara singgah rumah arwah nenek, ade yang tolong bekalkan Putih makanan. Macam tu ajelah. Putih ni comot sikit. Rasenye tak ramai yang berani nak mandikan dia. 

Wardah pernah mandikan dia. Erkkk. Takut juga memula tuuu. Badan dia kan besar. Jantan plak tu, kuku tajam lagi. Memanglah gerun juga nak mandikan dia. Masa tu arwah nenek ade. Tengok dia comot sangat, ajak sepupu perempuan mandikan dia. Sebab takutlah Wardah ajak sepupu. Hahaha. Bila nak mandikan dia, biasalah kene cakar tu. Dia tak cakar sangat, tapi dia akan duduk kat sudut pintuu. Macam nak keluar. Arwah kata dia mandikan guna berus sabut tu. Badan Putih kan Putih, bulu dia jenis kembang juga. 

Fisrt sekali bawa Putih tu, letak dalam sangkar hitam *bekas tempat MIMO* dan siapkanlah dengan makanan, minuman dan tempat berak dia. Putih dalam kereta memang mengiow ajelah dia. Mujurlah suara dia tak lantang mana pun. Kecil halus je suara dia. Masa tu Mimo tak munculkan diri lagi. Wardah rasa dia duk bersembunyi perhati spesis dia yang baru datang tu. 

Masa duk dekat dapur rumah, sembang ngan mak ngan adik, tetiba dengar bunyi "Rrrrr" dan Wardah, daripada nak makan, terus letak pinggan. Ehh Wardah terus keluar. Memang sah, Mimo rasa terancam niii. Putih dalam sangkar, Mimo kat luar sangkar. "RRRRrrr'' Mimo dah kembangkan bulu, Betul-betul depan sangkar depan Putih. Putih pulak betul-betul berhadapan dengan dia. Alamakkkk, habislah kalau macam ni. Amek Mimo, belai-belai dia. Pujuk-pujuk dia. Lepas tu lepaskan dia alek, Mimo stil nak rapat dengan sangkar yang ada Putih tuuu. Walaupun dah tak dekat sangat macam tadi. Mimo stil kembangkan bulu dia. Erkk. Mesti Mimo rasa terancam dengan kehadiran Putih ni. Habislahhh

Terasa takut pula nak mandikan Putih. Takut kene cakar. kih3. Harap-harap Putih dengan Mimo boleh berbaik. Be friends. 

Hari ni misi menghantar adik-adik. Hihi. Bai semua!

3 comments:

  1. Ramainya si bulus wardah... baru2 kot sebab si Mimo tu terancam.. lepas ni oklah tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ok sikit daripada awal-awal niii

      Delete
  2. ehehehe nanti boleh share gambar Putih.. kalo rasa xnak mandikan sebab dia da besaq gabakkan.. Wardah boleh belikan spray mandian kucing.. murah je untuk stock sminggu baru dalam belas2.. akak dlu sembur kat hamster akak sbb tikus kan busuk.. so sesuai jugak utk kucing.. xpun slowly2 kenalkan dgn air tapi dia da tua..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...