Pages




26 Dec 2015

Kerja Menjual Aiskrim Selepas SPM

Kerja Menjual Aiskrim Selepas SPM | siapa sangka wajah yang comel lote ni dan gadis bertubuh kecil ni kerja jual aiskrim selepas habis Spm? Hihi. Betul ke? Yup memang betul. Sebenarnya kazen Wardah yang Wardah rapat tu yang ajak dulu sebab memandangkan dia seorang je yang kerja lagi pulak balik sampai lewat malam tu yang dia ajak kerjaa sekali.


Kerja kat mana tu? Kami berdua kerja dekat Melaka River Cruise sebelah restauran tu. Just stall kecil yang beroda tu, dan jual aiskrim dalam kon ataupun cawan. Memang terbaik port tu sebab memang ramai yang akan beli aiskrim sebab memandangkan cuaca yang selalunya panas kawasan tu. 


Cumanya bila kawasan agak mendukacitakan bilamana hujan, ada juga yang nak beli aiskrim  tapi tak ramailah. So duduk termenung ajelah hahhaha. Biasanya kami start dari petang dalam pukul 12 lebih dah datang untuk buka kedai. datang naik apa? Kadang cikgu  <boss> kami yang hantar ataupun kami naik bus aje. Mostnya cikgu yang hantar. Cikgu ni cikgu kazen so ikut je. Haha. Asal dapat pergi keje. 


Kami kerja sampai malam. Dalam pukul 1130 ataupun 1145 dah mula tutup kedai. Kami just jual ikut scoop aiskrim je. Haha. Teringat masa mula-mula kerja memang Wardah tak berani nak buat aiskrim tu jadi bulat. Lama-lama belajar dan belajar. JADI!!! HAHA. Sampaikan sepatutnya ball aiskrim tu ada standard sizenya, Wardah buat sebesar-besar sebab dah excited  tengok ball aiskrim kita buat tu JADI. Haha. 
Kredit to google. 

Pengalaman yang best dapat merasa suasana orang yang kerja jual aiskrim, cara kira duit dengan cepat, merasa berborak dengan pelancong dari Taiwan, Africa dan banyak lagi. Haha. Pernah ada pelancong tu mat salleh, tapi dia tanya mana surau terdekat. Ehh. Hihi. Muslim rupanya. Ada yang nak amek gambar dengan kitaorang. Haha. Best best! Tak boleh lupa dulu Wardah dah la comot. Tak boleh bayang camna rupa masa kerja tu.  Hhaha. Kenangan betul. 


Belajar nak maintainkan freezer tu sejuk sentiasa, kalau stok aiskrim yang atas dah habis kene gantikan dengan stok yang ada kat bawah.. kalau aiskrim dah jatuh camna lak? Haaaa. Part ni Wardah cuak. Tak ingat pernah jatuh ke tak. Ada sekali kowt jatuh. Depan kedai kiteorang. So kene gantikan dengan aiskrim yang baru. Kalau ada customer tak boleh duduk. Kalau tak ada orang boleh duduk. Tapi kena gak tarik pelanggan dengan bunyikan loceng. Hihi. 


Malam-malam masa kami kerja ada band yang datang nyanyi kat situ. Pernah mak mak kiteorang datang satu famili jat situ masa bufday diorang. Mak saya dengan mak kazen kembar. So celebrate dekat situ and dedicate lagu dekat mom kiteorang. Hihi. Meriah masa tu. 


Sekarang dah tak ada kenangan cam tu. Sebab dulu belasan tahun, sekarang dah besar dah. Kenangan lain pulak yang kami create. Muahahah. Tak lama lagi dia nak bergelar puan. Tak puas lagi ni, nanti susah nak kacau bila dia dah kahwin. Huhu. 
Tetiba terimbau kenangan masa umur lepasan Spm. Haa. Korang kerja apa dulu? Jom cita. Hihi. 

3 comments:

  1. di tmn rempah tu ekk wardah aneesa?
    wow happening tempat tu.
    aida x keje lepas spm. abah x bagi.
    tak dpt nak share cerita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Aida. Saya pun tak merasa kerja lepas SPM. Paling tidak pun, just buat tuisyen di rumah ajar anak-anak orang kampung :)

      Delete
    2. Seronok pula akak baca pengalaman Wardah ni :)

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...