Pages




11 Dec 2015

Mimi Mimo Putih Si Bulus

Mimi Mimo Putih Si Bulus| Hai semua. Macam mana cuti sekolah? Buat apa je. Semoga cuti ni dapat kita lakukan perkara yang bermanfaat. Hari ni nak perkenalkan Mimi peneman baru bulus Mimo dan Putih.


Inilah si bulus Mimi.. Abang yang bawa balik rumah sebagai peneman kepada Mimo. Tapi nampak gaya macam Mimo ni muda lagi dari Mimi.. Bila jalan tak toleh pon tengok Mimi. Aisyh kucing pun ada taste jugak ke. Kalau dalam sangkar Mimo mesti nak bunyi je jumpa Mimi. Isyh tak berkenan ke eh. Mimi pulak muka seposen je, innocent tak takut langsung. Haha. Sebab sebelum ni Mimo dengan kelabu. Tapi kelabu dah tak ada. Selalu Mimo akan kacau je si kelabu. Ni yang kecik ni kelabu.. 



Bukan main mesra lagi Mimo dengan Kelabu. Dengan Mimi tak ada pulak dia nak kacau. Dulu Wardah cerita yang si bulus Mimo ni tak boleh terima si bulus Putih ni. Hurmm.. Sekarang dah ok sikit. Dulu kalau bertembung je ngaum ngaum je. Gadohhh. Wardah dengar pun takut. Sekarang alhamdulillah taklah selalu gaduh cam tu lagi. Cuma tak boleh bertembung, macam biasa Mimo yang akan bising dulu. Putih akan relax je. 

Nilah si Putih. Kucing peliharaan arwah nenek. Baru bawa pergi jumpa doktor semalam, doktor kata dia dah tua kena bagi makanan yang lembut sebab gigi dia tak kuat dah. Patut pun bila tengok hari hari yang lepas macam tak bermaya je. Rupa macam orang sakit.


Badan Putih baru je dimandikan beberapa hari yang lepas. First time mandikan dulu masa dekat rumah nenek. Second time mandikan dengan adik Wardah sampai si Putih ni panjat kat tingkap toilet terlepas keluar. Jadi lepas tu Wardah tak berani dah nak mandikan dia. Huhu. Mak yang mandikan dia yang terbaru ni. Nasiblah di buat baik je dengan mak. Hihi. 
Wardah suka sangat dengan kucing betina macam Mimi ni. Bersih je. Haha. Ini kerana Mimo dengan Putih ni suka pancut suka hati je. Sekarang tempat Putih dengan Mimo dekat luar rumah. Tak bagi dah diaorang masuk. Masuk pun nak bagi diorang makan. Sekarang ni jugak dalam proses nak gemukkan si bulus ni. Apa yang kami berikan dia makan? Nantikan cerita dari Wardah ya.. Insya allah

14 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...