16 Dec 2015

Majlis Kahwin Merah Gold

Majlis Kahwin Merah Gold | Siapa pulak yang guna tema warna ni? Hihi. Wardah ke? Hurmm.. Mungkin la kowt. Wardah memang minat sangat warna merah ni tapi tapi tapi macam terlalu striking pula buat Wardah. Jadi majlis siapa??

*************************************
Sebenarnya majlis sepupu Wardah.. 
Hihi. Merah gold tema warna bagi perkahwinan mereka. Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan mereka pada sabtu dan ahad yang lepas. Mereka hanya buat satu majlis sahaja yang menggabungkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki (kzaen Wardah) dan pihak perempuan. Majlis ini diadakan di dewan. 


Memang meriah sangat majlis perkahwinan ni. Siap abang Wardah pun ada buat selawat yang memang sedap didengar masa majlis. Abang Wardah pun turut membaca doa untuk majlis perkahwinan ini. Tak pernah pernah tengok abang pakai jubah merah menyala hahahh. Wardah pun pakai jubah ke dress kowt namanya dari ig @exclusivebyhidayah. Sedap kainnya dan tak berpeluh pun. Mungkin sebab majlis pula dalam dewan yang berair condition. Jadi semua tu tak ada masalah. 


Wardah kena jaga bahagian doorgift dan hadiah, macam tu jugak dengan sepupu2 yang lain. Hahah. Sebenarnya kami memang banyak berkumpul kat bahagian doorgift ni sebab nanti pun pengantin akan masuk area situ jugak. Hihi. Candybooth adik2 kami yang umur belasan jaga kat bahagian belakang. Macam kembar dan seangkatan. Ada ais krim, ada strawberi campur cokelat, marshimallow dan banyak lagi. Tak sempat juga nak merasa hihi sebab duk duduk kat bahagian depan je. Hihi


Lagi pulak, bahagian dj yang menjaga aturan majlis pun perlu diberikan pujian sebab alert je dengan apa yang kami sekeluarga sedang buat. Contohnya kami sedara mara tengah mula ambil gambar dengan pengantin, jadinya dia pun menjemput keluraga belah laki untuk hadir ke hadapan untuk ambil gambar. Ada juga yang dia tolong coverkan suara orang yang nyanyi karok di situ. Tak adalah sumbang sangat kalau terkucil masa nyanyi. Hihi. Ehh sebenarnya suara dj ni pun sedap jugak. Hihi. Ehhh melambung puji dj ni. Hahaha. Saje je nak puji servis dia. Abang pun ada cerita dia pun ada buat untuk majlis artis2 tapi harga ber k k k lah. Hihi..
 
Ok.. Jom.kita layan gambar jom. 

Masa ni majlis akad nikah pada hari Sabtu pagi. Tema kelabu gold. Nak ambil gambar kat depan sana tu tapi tapi malu bila tak ada orang pun yang ambil gambar guna hp kat depan.. Uarghh. Yang ada abang dengan sepupu laki dan yang terlibat dengan akad nikah je ada. Memang kelibat laki je ramai kat depan. Ni pun dah paling depan Wardah duduk. Kahkahkah.
Masa ni majlis belum mula lagi. Jadi snap gambar dak dua orang ni. Yang lelaki nama Akil dan yang perempuan namanya Nurdina Suffiyah. Comel sangat! 
Masa ni gak lepas tu pergi susun barang doorgift kat meja depan pintu masuk. Tepat pukul 1 petang pengantin pun sampai. Mak lang dah pesan kat Wardah untuk renjiskan pengantin dengan bunga rampai. Abang pula minta rakamkan dia untuk selawat. Haha. Wardah lagi suka ambil gambar dan video. Hikhikhik. Jadi pergi kat abang untuk rakam dia selawat. Ramai lagi sepupu yang ada boleh tolong renjiskan bunga rampai. 
Tu diaaaaa. Pengantin dah sampai.


Abang pun ketaq lutut huiii. Btw, sedap bak ang abang Wardah selawat, bukan selawat biasa2 tapi siap tarik2 suara lagi. 

Ala ala mahligai bila tengok majlis ni kann.. Wardah berangan je mampu hikhikhik


Haa.. Encik dj tu haa yang pakai kot tu. 
Masa ni macam biasalah ada sedara mara, ibu bapa sedara yang akan naik atas pentas untuk berjumpa dengan pengantin. Haaa. Kalau perasan bunga telur tak ada lagi atas ni. Apa lagi..Wardah tak perasan pun sebab pagi2 lagi dah isi bunga rampai atas pentas tu. Tak perasan bunga telur tak ada. Apa lagi kazen Wardah ajak pergi ambil kat bilik simpanan doorgift. Haaa, berlari laaa pergi kat bilik tu dah la kat belakang. Ahaha. Berat huiii. Lepas tu naik kat pentas lagi. Ahaha. Naseb waktu hantorkan bunga telur tu Wardah tak terpijak kain sendiri ke ape ke. Ahha.. Lepas tu ada makan beradab. 


Lepas tu free sikit. Jaga doorgift. Pergi tengok orang karoke. Macam-macam suara ada lahaiii. Hihi. Lepas tu dah nak petang-petang sikit, bergambar ramai-ramai.

Ni keluarga Mak Uda

Ni keluarga Cik Ina

Ni keluarga Busu..

Ada lagi keluarga yang lain..gambar ramai-ramai satu famili besar cameraman ada ambil tapi lupa nak ambil gambar kami ramai-ramai tu guna handphone. Gambar tu yang paling best sebab semua ada. 

Lepas tu ada yang sambung pergi karoke balik.. Dah nak petang sikit kiteorang pergi bungkuskan lauk. Kemas-kemas barang dan balik. Wardah stay dekat rumah sepupu sampai keesokkannya.

Tahniah buat sepupu yang bernama Muhammad Fakhrudin dan pasangannya Kak Wanie.. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat dan till jannah. Amin amin. ;)

19 comments:

  1. Salam singgah sini dik....menyerlah warna baju pengantin dia....padan dengan pelamin yang berona lembut....Semoga kedua mempelai berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  2. cantik!!!!!!
    gold cantik merah sexy huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Mmg havoc la majlis depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Havoc havoc eh havoc havoc.. Tetibe ternyanyi pula hahhaha

      Delete
    2. Havoc havoc eh havoc havoc.. Tetibe ternyanyi pula hahhaha

      Delete
  4. Suka warna gold. Hikhik. Tahniahh pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nani. Tolong jawabkan wakil pengantin. Hihihi

      Delete
  5. cantik... Ahlam pun suka kaler merah... hehehe
    btw moga pengatin kekal sampai syurga.. aminnn

    ReplyDelete
  6. lawa jgk tema tu. ingt kan mcm over tp nmpk mcm diraja gitu. gold2 =D

    ReplyDelete
  7. semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat

    ReplyDelete
  8. woaaa.. ni kalo peminat bola Selangor mesti suka =)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...