27 Dec 2015

Kerna Ibu Adalah Segalanya

Emak, ibu, ummi atau apa pun panggilan terhadap seorang ibu adalah insan yang paling bermakna dalam hidup Wardah. Ini kerana bagi Wardah ibu adalah segalanya, dialah ibu dan dialah bapa.

Pagi hari memastikan anak-anak makan sarapan pagi. Bangun seawal pagi menyediakan makanan buat kami. Emak Wardah memastikan anak-anaknya makan sarapan pagi walaupun sekeping roti sebagai juadahnya. 

Dialah yang telah mengikat perut untuk kami semua keenam adik beradik. Bekerja siang malam tanpa henti demi mencari sesuap nasi dan rezeki buat anak-anak. Dialah orang yang penuh dengan pelbagai kemahiran, kemahiran menjahit,  kemahiran memasak, malah juga kemahiran menjaga tanaman yang ada di sekitar rumah. Pada pagi hari tabah bekerja, begitu jua petangnya menghabiskan peluh di laman dan tempat kerja. Pada waktu malam kadangkala dia berehat melepas lelah bersama kami ada juga masanya menyiapkan kerja upahan menjahitnya.

Walaupun kami anak beranak ni macam-macam perangai yang unik, emak tetap terima kami seadanya. Tabahnya hati emak menyara kami semua adik beradik. Wajahnya yang sentiasa ceria dan senyum yang lebar sentiasa tersemat dalam hatinya. Nada pelbagai ibu bercerita menambat tawa kami. Marahnya tanda sayang pada kami, walaupun kami mudah sahaja rajuk bila ditegur. Emak memang insan yang tabah dan kuat. 

Semoga tahun 2016 membawa sinar dan harap Wardah dapat membalas jasa-jasa emak Wardah yang tak ternilai banyaknya. Love u mom. 

7 comments:

  1. Kasih ibu tiada galang gantinya...

    ReplyDelete
  2. moga emak wardah aneesa sihat selalu.
    suka baca ni.
    esok-esok minta2 la anak2 aida coret kan gini utk aida :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Moga emak wardah dikurniakan kesihatan yang sempurna dan umur yang panjang. Dapat melihat kejayaan & kebahagiaan anak2 :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...