31 Aug 2015

Fokus pada yang SATU


Fokus pada yang SATU | Memang tak dapat dinafikan, semenjak baru putus ni.. Sedih tu perkara biasa, teringat-ingat juga perkara biasa.. Namun, ada juga perasaan yang lain menjelma, lega kerana jauh daripada apa yang aku dah buat selama ni. Biasalah apabila bercinta, banyak perkara yang menjadi lagha. Banyak perkara juga aku lupa.

Aku leka

Aku alpha

Aku nak kejar impian aku yang satu jua tersekat

Aku berdosa pada DIA..

biasalah waktu bercinta, aku tak nafikan aku pun manusia yang lemah..

Aku takut jua nak berjumpa dengan mak..

Mak ada bertanya haritu..

KENAPA..

buntu aku memikirkan jawapan..

Aku harap aku kuat memberikan jawapan pada EMAK yang menunggu jawapan.

perlukah aku nyatakan di sini sebab apa?

ermmmmmmm, jawapan yang aku boleh beri, Tiada Jodoh. 

Mungkin jua selama ni, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Siapa yang tak sayang pada hubungan yang dah lebih 6 tahun. Siapa pula yang nak putuskan lagi-lagi usia aku yang begini. Hasil perbincangan, aku redha atas apa yang terjadi.

Ada jodoh, kita berjumpa lagi, 

Tiada jodoh. aku doakan dia berjumpa yang lebih baik daripada aku.

Jujur 

- Wardah -

Menggapai Impian


Menggapai Impian | Aik, selama ni tak tergapai ke impian? Hoho. Taklah, Selama ni ada impian, tapi impian tu salah niatnya. Setelah dimurnikan niat tersebut, Aku bertambah yakin, dan perlulah berusaha ke arah tu. 

Maaf kalau guna perkataan aku tak selesakan pembaca, 

Aku memang berharap sangat supaya aku kuat nak laksanakan impian aku yang satu ni. Moga Allah dapat kabulkan permintaan hati yang satu ini. Moga Allah izinkan. Amin.

Sedikit kata-kata untuk hari ini : 

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Andai tak dapat ditunaikan pun, mohon secebis rasa untuk menjadi yang sedemikian :)

Insya allah ^^

30 Aug 2015

Tiada Jodoh


Tiada Jodoh | Sejak 11hb yang lepas.. akhirnya putus sudah hubungan aku dan dia. Mungkin tiada jodoh atau apa pun alasannya, aku perlu redha menerima. Mungkin ya, tiada jodoh. Hendak menulis di kala ini pun, aku rasa tak mampu, nak keluar rasanya air mata, menangis dengan sepuas hati. 


Sejak tarikh itu, aku kuatkah hati, aku kuatkan diri. Mujur ada rakan dan sepupu yang menemani diri hingga ke saat ini. Kalau tidak pun ada mereka, ada juga junior-junior kesayangan yang sentiasa menceriakan diri saat aku rasa keseorangan, memberi kata-kata semangat dan memuhasabahkan diri supaya kembali kepada DIA. 

Aku doakan dia dengan kebahagiaan dia. Jumpa apa yang boleh membahagiakan dia. :')

Mujur juga Ya Allah, Kau tetapkan waktu yang sesuai, di kala aku tengah kesibukan menyiapkan AR, sibuk dengan pembentangan VIVA, sibuk dengan pengurusan, sibuk dengan asignment menjadikan aku tak selalu memikirkan tentang itu ya Allah. Alhamdulillah juga, Viva dapat ku lakukan dengan sebaiknya, Alhamdulillah :)
Moga aku redha dengan ketetapan Mu ya Robb..
Moga aku gagah dan kuat !
Insya allah. 




“ Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk allah saja. – Syeikh Abdul Kadir Jailani.”



p/s : Love ourself, gain mardhotillah, gain cinta Allah. Insya allah.

29 Aug 2015

Sifat Sabar Teruji

Sifat Sabar Teruji | Pernah tak kalian beratur panjang untuk keluarkan duit di mesin ATM, tetiba ada seorang pak cik ni, beratur balik dekat seorang pak cik belakang dia selepas dia guna mesin ATM tuuu? Huhuuu
Wardah sebenarnya jenis orang yang tak sabar pada mulanya, tapi cuba bersabar memandangkan Wardah seorang perempuan. Dua di hadapan Wardah seorang lelaki. Pada mulanya, lelaki yang pertama tu, dia macam ada masalah sikit nak keluarkan duit dari mesin ATM tu. Bila skrin paparkan berapa amaun yang nak dikeluarkan, dia tekan tekan, dia tekan tekan, tak dapat seperti apa yang nak dia keluarkan. Wardah perhati.. Baju dia agak lusuh, mungkin dia ada tangungjawab sebagai seorang bapa. Wardah perhati je dia. Sebab belakang dia pun ade orang. Lelaki. 

So, bila dia tak dapat hendak keluarkan amaun yang dia nak. Wardah ingat dia pergi belakang ke. Huhu Dia pergi belakang lelaki yang belakang dia tu. Masa tu. Rasa nak marah, tapi buat-buat cool je. Hoho. Mungkin ade masalah kowt pak cik ni. 

Bila tiba turn dia.. tetiba dia kata kat Wardah, dik, tolong keluarkan seribuuu.. ! Erkkk. Wardah jadi takut jugaklaa. Sebab muka dia pun ada bengis-bengis sikit. Sapa tak takut tuu, tatawla, tapi memang ade seram sikit bila dia minta keluarkan seribu. 

Wardah pun ermm, ermm, pergilah tolong keluarkan.. 

dalam hati, xpe, pe, dia minta tolong tuuu, pergi tolong pat..

Wardah tolong, Alhamdulillah, keluarlah amaun seperti yang dia nak kan. 

Dia dapat duit dia, dia pun pergi. Nasib baik boleh keluar duit pak cik tuu.

Lepas tu, Wardah pulak boleh keluarkan duit. Hoho. 

okey, setakat tu sahaja ceritanya. 

Mencuba Olicandy


Trying Olicandy | Hai semu superb-superb insan, superb-superb kesayangan yang selalu datang ke blog Wardah.. terima kasih semua sebab drop komen di sini. Hari ini Wardah nak cerita...

Wardah trying Olicandy, pernah dengar tak Olicandy? 
Rujukan KKM Olicandy
okey, dis one lah yang dipanggil Olicandy.

Wardah just nak beritahu, Wardah consume Olicandy start hari ini.

Insya allah Wardah akan ceritakan tentang perubahan-perubahan.. bila consume Olicandy ni ya :)

Tata~

28 Aug 2015

Allah Uji kerana Tahu Aku Mampu


Allah Uji kerana Tahu Aku Mampu | Well Said. Dalam kegembiraan ada juga berita pahit yang dihadapi diri ini. Aku yakin atas ujian yang Kau berikan kepadaku ada hikmahnya.. Aku bersyukur diuji walaupun tahu aku seorang yang amat lemah sekali tanpa Mu ya Robb..

Moga aku tabah dan kuat mengharunginya. 

Amin ya Robbb

Habluminallah wahabluminannas..

Tetapkanlah hati ini

Kuatkanlah langkah kaki ini..

Istiqamahkanlah perjuangan hati ini..


Viva Done


Viva Done | Alhamdulillah, lega rasanya bila pembentangan Viva sudah lepas. Hihihi. Bertitik tolak akan Viva yang dah lepas. Hilang sudah rasa debar debar debar yang melanda diri Wardah. acecehhhh. Siapa kata Wardah tak boleh buat?? heeee. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu ya Allah. 

Barisan panel penilai kami ada 3 orang panel woooo. Berbanding dengan option-option lain. Memang sangat menggerunkan. Boleh bayangkan setiap panel beri soalan yang berbeza tak? Huhuk. Wardah hari kedua membentang, jadinya boleh lihat rakan-rakan yang lain present dahulu. Panel penilai kami pun tak tahu siapa. Dapat tahu masa hari pembentangan. Memang daebak! 

Viva, presenter kene bentang sepanjang masa 15 minit. Selepas itu sesi soal jawab. 

Alhamdulillah, bagaimana yeee pengalaman Wardah?

Pada awalnya, memang tangan menggeletar, nak tekan next next kat komputer memang nampak tangan Wardah menggigil. haha. Sejuk masa tu. Cover :P Mula-mula memang tak fikirkan bunyi loceng tu. Sekali berbunyi ting! Gelabah rasanya nak habiskan bentang. Tapi sebenarnya boleh je buat tenang-tenang gitu. Tapi ambe dah ketar lutut. Haha. 

Alhamdulillah, dapat pujian daripada panel-panel. Walaupun sedemikian, ade juga beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Penulisan. Yes penulisan. Mungkin ade beberapa perkataan, ayat yang Wardah terlepas pandang. Which mean Wardah kene perbaiki penulisan. Comment accepted! Ngeee :)

 Buat rakan-rakan yang daebak lagi lagi Wardah ucapkan tahniah !! Memang ramai yang lagi hebat dengan tajuk beserta kaedah masing-masing. hihi. 

Tips nak hadapi Viva. Untuk cikgu cikgi pelatih macam kami :

1. Prepare daripada A to Z.

2. Hadamlah Action Research anda. dari Pendahuluan, Nilai Pendidikan sampailah penulisan Rujukan. Take Note Ok! Soalan yang selalu ditanya bergantung pada pensyarah2 tu. Ada yang suka tanyakan objektif kajian dan persoalan kajian, teori yang menjadi sandaran utama kita, apakah kaedah pengumpulan data kita, buktikan anda menjalankan intervensi (video, gambar dll) dan lain-lain lagi.

3. Bawa fail hardcopy yang merangkumi, borang-borang yang kita guna masa buat intervensi tu. 
Cth : borang senarai semak, borang skala likert, borang soal selidik dan lain-lain lagi. 

4. Kalau anda ada buat Bahan Bantu Mengajar masa melakaukan aktiviti dalam intervensi anda. Sila bawa ye semasa pembentangan. Bukti tuuuuu!

5. Practise dua hari sebelum ke, seminggu sebelum ke bagi nak manage masa kita bentang nanti. Tempoh masa yang diberikan untuk kami 15 minit. Ikut peraturan yang ditetapkan oleh option masing-masing. Practise juga bagi memudahkan kita susun ayat untuk pembentangan nanti.

6. Buatlah apa-apa untuk jadikan kita cool sebelum sampai masa kita bentang. haha. 
( Wardah keluar kat pintu dewan, then tarik nafas turun nafas kat pintu tu. Keluar just nak ambil nafas je. dan Wardah memang kuat sangat minum air masak masa tuuuu. Habis dua gelas air minuman kecil tu)

7. Buatlah hyperlink dalam slide anda supaya mudah kita nak rujuk semasa pembentangan nanti. Buatlah satu folder dalam pendrive anda. Sila linkkan dengan item dalam pendrive anda supaya hyperlink jadi okeyhh. *kalau guna laptop orang lain

8. Apa yeeeee. Gudluck la untuk VIVA lepas ni pulak. Hoho. 

Alhamdulillah. Lepas ni ada program ke Jeli plak. 

Stay tuneee! Tata

Viva Done |

25 Aug 2015

Doakan Wardah Sahabat Blogger!!


Doakan Wardah Sahabat Blogger!! | Bermula esok adalah seminar penyelidikan tindakan II bagi kelas kami Pendidikan Islam I. Esok saya menjadi penjaga masa buat sahabat rumate saya. Jadual pergerakan saya membentang kajian tindakan saya pula hari Khamis ni. 

Rumate saya bentang esok hari, dan pembentang yang pertama! 

Saya pula hari kedua, dan pembentang yang kedua.

Semoga saya dapat melakukan dengan baik dan lancar. 

Amin. 


11 Aug 2015

Last Decide


Last Decide | Hai semua. Selamat pagi selamat petang selamat tengahari. Last Decide. Memandangkan tak sempat lagi balas semua blogger yang sudi jenguk-jenguk dan drop komen sini. Wardah buat last decide :

Blogwalking seminggu 3 kali.

Drop komen kepada blog-blog lain 3 kali seminggu.

Update blog. Bila timbul keinginan.

Keinginan tuu Wardah akan timbulkan setiap hari.

Insya allah. 

Wardah mungkin akan jarangkan upload gambar dalam entry. 

Gambar sendiri mungkin jarang-jarang-jarang sekali.

Semua untuk keselamatan diri sendiri.

Baik cegah sebelum terlambat.

Insta Wardah pun mungkin akan mula diprivatekan. Mula dari tarikh bila tak tahu. tapi akan mula diprivasikan.

K lah semua. 

Harap Wardah dapat tepati schedule ni. sebab bagi Wardah Wardah sayang sangat kat blog ni.

Nape nak menyepi plak kan. Dah sayang kene update, blogwalking dan drop komen sekali. Barulah rasa jiwa seorang blogger. Aiyakkk. Propa betul ayat ni.

Insya allah.

Perhaps, bai!

Last Decide |


9 Aug 2015

Pertama Kali Memandu Sendiri di Kawasan Kota Bharu


Pertama Kali Memandu Sendiri di Persekitaran Kota Bharu | Kisah 7hb yang lepas. Hari Khamis. Hujung minggu begini kenalah survive sendiri sebab memang ramai rakan-rakan yang balik. Memang sunyi je blok asrama ni. Nape hujung minggu? Khamiskan sini cuti. Khamis dan Jumaat.

Kembar ajak keluar. Katanya lapar. Nasib pagi tu dah ambil Mineral Coffee sebagai sarapan. Jadi Wardah kurang sangat rasa lapar. Boleh jadi as alas perut. Kembar pinjam kereta rumatenya. Hmm jadi getar nak bawa kereta orang. Katanya manual. Syukur sikit sebab tak pandai bawa auto.

Haha. Kelakar juga kembar ni. Kebulur dia kata padahal baru pukul 10.35 pagi. Hihik. Rakan Wardah kembar ni dah usaha pinjam kereta, Wardah pun cepat-cepatlah siap. Padahal Wardah pun sebenarnya masih sangat bermalasan nak mandi. hahhahaha. Wardah pun minta dengan kembar beberapa minit nak siapkan diri. Adalah sejam kowt nak siap :P Kul 11.30 pagi geraklah ke kereta.

Debar.

Sangat Debar.

"Takut pulak nak bawa kereta ni kat sini",beritahu Wardah dekat kembar. 

Masa tu tengah jalan nak pergi kat kereta. 

"Eh tak ada papelah, same aje dengan bawa kereta lain", kembar menenangkan. 

Pergi kat kereta. Panaskan enjin, buka aircond 4 saat tu dan mula memandu.  Nak tahu rasanya bawak kereta orang? Pertama sekali yang Wardah fikir. 'Tempat clutch dia tinggi tak eh. Takut mati enjin tengah jalan.hahaha' Pertama sekali tengok dalam kereta tu ialah Clutch. hahaa. Then, duk try-try-try tekan clutch. Erkk. licin sebab Wardah guna stokin. Haha. Terpaksa buka kedua-dua stokin. Nak bagi selesa punya pasal. Dia punya cluth jenis yang rata dan licin. Mula-mula tak biasa, lama-lama okey alhamdulillah.

Alhamdulillah, setakat ni bawa kereta orang lain kita kena lebih berhati-hati. Sebab kalau accident ke ape jadi payahkan.

Kembarlah yang jadi pemandu arah. Hahaha. Sebab Wardah mana tahu jalan sini. Kami pergi KFC Baung, dan pergi ke BSN Kota Bharu. Banyak betul shortcut kembar tahu. Rasa macam kene tuntut ilmu plak dengan dia. 

Wardah buka mudah ingat jalan. Ingat sikit-sikit je. 

Sampai ke maktab dalam pukul 12.55 tengahari. Lulus dah ni. Haha.

Alhamdulillah. 

8 Aug 2015

Perlu Agah ke Jika Bawa Kereta?


Perlu Agah ke Jika Bawa Kereta? | Lumrah sebagai seorang pelajar sukar untuk seseorang tu nak ada kereta atau motorsikal atau paling minimum basikal. Motosikal dah selalu nampak, basikal memang ada tapi jarang sekali. 

Sebelum tu, agah kat sini membawa maksud sombong. Humm perlu ke perasaan itu. Jawab sendiri. 

Baru ada sebuah kereta agahnya macam jadi Menteri. Macam ada harta banyak sangat. 

Kalau boleh jadi humble akan buat kita jadi ohsem sangat. Lepas tu buat kita akan rasa disayangi oleh rakan-rakan. 

Wardah harap sangat apabila Wardah ada sebuah kereta masa tengah belajar ni.. harap Wardah tak agah macam tu. Bercakap dengan orang lain pun macam diva lagaknya. 

Tahu awak ada segalanya. Hormatilah rakan lain yang tak punya macam apa yang awak ada. 

Lagi satu. Tolong juga hormat seorang guru itu kerana ada berkat dalamnya. 

Memang guru tu ada buat salah. Tak perlu rasanya pertikaikan kesilapan yang dia buat. Cakap pula semua orang dengar.

Hmm. Jom kita sama-sama muhasabah diri.

Harap Wardah dapat jadi seorang yang humble bila dah ada segalanya. Mungkin lambat sampai rezeki Wardah. Wardah akui. 

Hm, bye!

7 Aug 2015

Kisah Cikgu | Januari ke Johari?



Belajar nama-nama dalam setahun...

Bulan yang pertama ialah bulan Januari.

Sebut ramai-ramai. Januari.

Sekali lagi. Januari.

Baik. Fakrul, cuba sebut sorang-sorang.

Januari ( agak pelat). 

Sekali lagi Fakrul. Januari ( pelat juga) 

Sebut macam ini. Ja nu a ri. Januari (dengan nada yang lembut)

Lalu, dia sebut. Januariii ( masih pelat)

Ok, sebut bersama cikgu.

Jaaaanuuuuuaaaaarrriiii. Haa. Macam tu la.

Ulang 10 kali.

Satu, dua, tiga.

Januari. 
Januari. 
Januari. 
Johari. 
Johari.
Johariiiiiiii....


Fakrul, awak tahu siapa Johari?

Tak.

Ok. Esok kita belajar Januari lagi.

Balik kirim salam kat johari ok!

sumber : Cikgu Azrin

Tata !

2 Aug 2015

Mineral Coffee Jadi Santapan Setiap Hari


Mineral Coffee Jadi Santapan Setiap Hari  | Pernah dengar tak pasal Mineral Coffee ni? Sekarang Wardah amalkan minum Mineral Coffee pada setiap pagi. Kalau tidak menyempat minum pagi, boleh bawa minum ke tengahari atau minum petang. Wardah memang minum ikut suka Wardah je. 

Apa itu Kopi Garam Buluh atau pun juga dikenali sebagai Mineral Coffee 

Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian Kopi Robusta dan Garam Buluh Organik semulajadi dari Korea yang meningkatkan nilai nutrisi kopi ini. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti Magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan Kalsium.


Apa keistimewaan Mineral Kopi sehingga stok kopi selalu 'SOLD OUT' 

ANTIPENUAAN - agen antioksida yang baik.

MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah,kolestrol dan lain-lain.

MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.

MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi.

Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI.

Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit. 

Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan.


Sedikit perkongsian maklumat tentang Magnesium...

"kandungan Magnesium yg rendah dalam darah menjadi petanda seseorang mudah mendapat darah tinggi dan masalah jantung“…dan bagi “pesakit kencing manis pula…mereka memerlukan lebih banyak Magnesium kerana Magnesium bekerja bersama sama dengan insulin. Magnesium diperlukan bagi membolehkan Glukosa masuk dalam sel untuk diuraikan kpd tenaga. Bagi pengidap kencing manis, tubuh badan mereka tidak mampu mengangkut Glukosa ke dalam sel tubuh. Akibatnya Glukosa tertinggal dalam darah. Glukosa yg tertinggal dlm darah ni menjadikan tubuh lesu kerana gula tidak dapat ditukar kpd tenaga..maka kehadiran Magnesium amatlah penting"


~ Sedikit Perkongsian ~

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia [USM], Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan menganduni ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.


"Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut." 

Info Kandungan Kopi Segera 3-in-1: 

- Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek. 

- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut. 

- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan 

- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar [palpitasi] dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.

- Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.

- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.


AWAS!!! 
Pengambilan yang berterusan kopi segera juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan.

KOPI dan GARAM adalah makanan SUNNAH !!

Jadi Mineral Coffee adalah satu-satunya minuman kopi yang pertama di Malaysia yang dicampurkan dengan garam asli - GARAM BULUH yang mana GARAM BULUH ini mempunyai MAGNESIUM yang tinggi dan baik untuk badan manusia.

Wardah creditkan kepada Mizahadi atas semua info ini :)

Testimoni Wardah sendiri apabila minum Mineral Coffee ni, Wardah cepat lawas, kurang sakit pada kepada salu migrain dan gastrik juga makin kurang. Alhamdulillah. 

Wardah angap Mineral Coffee ni sebagai ubat, walaupun pahit tak seperti kopi yang lain ia tetap jadi idaman sebab ada kesan buat diri Wardah. Wardah dapat rasa sumthing yang lain juga pada badan, cergas yang lain macam. 

Murah sangat kopi ni. Tak sampai beratus-ratus. Bawah RM50 taw. Tak percaya?? boleh hubungi Wardah 0102712883 untuk sebarang pertanyaan tentang kopi ni. ^^

Testimoni - Puan Ruslah, Kelantan



             Testimoni - Puan Rashidah, Klang



Testimoni - Puan Ejah, Kuala Lumpur


k babai! 

Mineral Coffee Jadi Santapan Setiap Hari  |

1 Aug 2015

Perkhidmatan Ekspress Perdana yang Tip Top

Perkhidmatan Ekspress Perdana yang Tip Top | Sebelum Wardah menamatkan belajar di bumi Kelantan ni, Wardah nak rekemenlah perkhidmatan bas yang tip top dan bagi Wardah sangatlah bagus servicenya. 
Bas Ekpress Perdana ni asalnya adalah daripada negeri Kelantan sendiri. 
Apa yang Wardah boleh katakan best ialah perkhidmatan driver dan co-drivernya.
Sebelum bergerak bergerak ke suatu destinasi, driver bas ini akan check dahulu semua penumpang. Kalau ada yang belum sampai lagi tu, dia akan tunngulah dalam 5 ke 10 minit jugakla. Dia akan kira bilangan penumpang sampailah diorang puas hati.
Kalau lepas 5 hingga ke 10 minit tu masih tak sampai lagi. Dyeorang jalan sahajalah. 
Bus Ekpress Perdana ni akan berhenti untuk rehat makan, dan solat. Kalau contoh Wardah bergerak dari Melaka ke Kelantan, dia akan berhenti dekat Cherating macam tu. Kalau ada penumpang yang nak buang air driver bas akan berhentilah dekat mana-mana tempat yang berdekatan. 
Yang penting sekali, kebanyakkan yang Wardah naik Ekspress Perdana ni, driver bus ni akan berhenti untuk solat Subuh. Diaorang akan bukak lampu bus, jeritlah dalam bus. Subuh ! Subuh ! Haa, siap kejutkan sekali. Kalau sampai kat mana-mana perhentian, ada yang rajin akan jeritlah sebagai contoh sampai kat Gemas. Pemandu akan buka lampu dulu dan jeritlah pemandu bas tu, "GEMAS! GEMAS!" Memang bagus.
Lagi satu pemandu Ekpress Perdana juga selalunya akan check sorang demi seorang, dan pastikan penumpang dah semua naik ke belum. Tak adalah yang akan tertinggal ke tercicir ke. Dia akan tanya kita contoh kerusi depan kosong. Dia akan tanya, depan ni ada orang tak? Dia akan tanya sampai lah dia rasa puas hati, dia bergeraklah. Bus tu. 
Selain tu jugak, contoh ade penumpang minta turunkan dekat sini sini, kalau lalu dia akan turunkanlah kat tempat penumpang minta turunkan tu. Memang baguskan?
Tulah antara yang best kalau naik dengan Bus Ekpress Perdana. Aircond tu memang sejuk lahaiii tak leh bangkang. Haha. 
Oklah Wardah boleh bagi 4 1/2 BINTANG pada Bus Ekpress Perdana. Hihi. 
Tta!

Murid-murid Buat Suara Ombak Bila Aku Kembali


Murid-murid Buat Suara Ombak Bila Aku Kembali | Perkara paling happy bila aku balik ke sekolah praktikal ni ialah cara sambutan murid-murid kelas 4 Delima yang aku ngajar dulu. Memanglah mereka ni ada sahaja contact masa lepas habis praktikal, dengan ada yang mesej melalui facebook, ada yang mesej melalui sms, ada yang mesej di page Wardah Aneesa's Blog dan mesej melalui wassap. Advanced budak-budak sekarang. 

Masa bilanya suara OMBAK ni keluar haaa? hahahaha. Masa Wardah pergi masuk kelas mereka ni senyap-senyap masa cikgu-cikgu lain kene mesyuarat. Masa tu memang tak ada cikgu dalam kelas ni. Jadinya naklah lepas rindu sekejap dengan bekas anak-anak murid hihi. 

Masa masuk je ke dalam kelas. Terus sahaja mereka ni buat bunyi ombak.. "UuuuuuUUuuUUUuuuuuuuuUUUuuuuuuUUUuuuuuuu"
Terkejut pulak Wardah dengar sambutan mereka ni. Masa jamuan hari raya pulak, murid-murid boleh bawa handphone. Jadinya masa Wardah tengah makan dengan cikgu-cikgu lain ni siap datang dekat-dekat untuk ambil gambar. 

Huk3. Wardah ok je murid-murid nak ambil gambar. Tapi tak suka kene kerumun. Lagi-lagi dengan cikgu-cikgu lain ada dengan kita. Kesian cikgu-cikgu lain tak selesa dengan murid-murid tu. Dalam hati memanglah suka tapi seganlah dengan cikgu-cikgu senior sekolah tu.. 

Last-last ajak murid-murid tu pergi ke tempat lain untuk amek gambar. Huk3. Sembunyi-sembunyi tak bagi cikgu lain nampak. Malu sikit. hihi

Terima kasih murid-murid sebab sayangkan kat ustazah. Love uall jugak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...