Pages




16 Nov 2014

Hargai Apa Yang Ada

haippppp! tajuk merujuk pada sesuatu gadjet yang saya ada sekarang. ha.ha. kenapa gelak cam tu? hm hmm. saya cuma ada handphone nokia 311. tab. ipada. memang saya tak ada. saya akuinya. tapi saya main jugak la aplikasi aplikasi FB. instagram, whatsapp, telegram, cume.. satu je yg saya tak dapat nak main iaiatu wechat. 
nak tengok macam mana rupanya handphone saya nie? heeee.

taraaaa!!!

hmmm,, sebelum nie saya pakai samsung galaxy y.
tapi disebabkan kecuaian saya yang telah meninggalkan handphone ini di atas meja walaupun seketika, jadinya handphone itu telah di ambil oleh orang yang saya tidak ketahui. sedih sangat T.T

ceritanya, saya dan kawan-kawan baru sahaja berjoging kat city park, seremban pada waktu pagi, hari ahad. masa tue ialah minggu peperiksaan. Hasratnya ingin mereleasekan tension buat seketika namun musibah pula yang terjadi kerana kecuaian diri ini. Kami singgah makan kat sebuah kedai makan, di tepi jalan. Masa tue pulak, kawan-kawan yang tak ikut keluar pagi tu, ada yang mengirim order makan untuk bungkus bawa ke asrama. hmm, Kami makan kat sana, Saya memang ada meletakkan handphone saya ni atas meja. Dah orderkan sekali buat rakan-rakan(bungkus). 

Bila dah habis makan, pelayan kedai bawala bungkusan-bungkusan plastik uh kat saya, Masa ni saya rasa saya masih letakkan atas meja lagi. Beberapa plastik jugaklah jadinya kedua-dua tangan saya gunakan untuk angkat bungkusan tue. *masa nie hp terletak di meja* Kami pun pergi bayar kat area pembayaran dan pergi. 

Masa pergi kat kereta, baru saya perasan handphone saya dah tak da. Hanya berjalan beberapa tapak ke kereta. Then, saya dah tak ingat pape. Naik kereta, pusing-pusing area situ dengan berkereta, cari-cari, memang hp tiada dalam kereta ataupun beg. Jadinya, kami memang banyak kali miskol ternyata hp saya belum di offkan lagi. Kami syak handphone masih ada di kawasan kedai makan. Kami singgah alek kedai makan tue. Memang ada syak seorang pekerja laki kat situ. Owner pun syak dia, sebab pekerja baru. saya pun syak, tapi saya tak da keberanian nak pergi tanya kat dia. Lagi satu dia cam bengis. Tu yang takut tue.then, tak jadi tye sebab owner dia pun tak tye. ase macam owner kedai macam subabat je. *nauzubillah, tak baik cakap cam tu* huhu. pape pun lepas tue, kiteorang balik dengan hampanya. hmmmmm. macam tue la ceritanya.

Jadinya, lepas kejadian tu, memang saya berhati-hati. Saya akan bawa beg. Barang mesti simpan dalam beg. *balik kene marah ngan cikdemok* Memang naneslaaa kita awok. T.T 

Then, masa nie boleh guna rebate RM200 untuk beli phone. Masa nie dah cuti dah. Cuti sekolah hujung tahun baru dapat beli handphone baru. nielah yang mampu Nokia 311. hmm. atceli memang tak suka pun handphone ni. Nak amek samsung galaxy y jugak masa tue. Tapi tapi keadaan yang menyebabkan saya terbeli hp nie. haha. ada kisah di sebaliknya. yang nie tet kisahnya. haha. 

hmmm, idea seseorang katanya tahan lasak. kahkahkah. sebab tue amek nokia. hmm. sekarang handphone nie dah biol2 dah. hahaha. wasap loading je.. memang teringin nak beli handphone baru. tapi fulussss tak daakkkk.. saya memang tengah tunggu hp Xiaomi Mi 4. mungkin capai hingga 1k 4 rat kowt. jadinya saya akan kumpul duit hingga dapat beli handphone ni. 

buat masa ne, saya gunakan sahaja hp nokia nie sampailah rosak betul betul rosak. heee. harap saya dapat beli handphone impian saya tue nanti. hihi. insya allah ^_^

tue sahaja ceritanya.. :D

ataupun kome semua ada idea handphone Leonovo yang bagus?
spec yang bagus cam note 3 ke. hihi.

adios!

3 comments:

  1. hehe..sy pun belum tukar lagi hp. still guna model lama tapi sy ada tab la :)

    ReplyDelete
  2. hehe kadang2 nak buruk sangka pun tak boleh tapi kalau betul, ish serius myakitkan hati je kalau bersubahat. Takpe la, redha kan je. Sakura pun teringin nak tukar fon tapi fulus nye takde. hehe.

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...