14 Nov 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese


Resepi Pisang Goreng Cheese

lazatnya tak terkataaaaaa~~

Pisang Goreng Cheese nie 

Bahan:
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya


Bahan batter:
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam


Bahan taburan:
Gula merah@gula melak@dark brown sugar
  • cheddar cheese (block) 


Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan-bahan batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.


2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepung ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).


3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel.

4. Untuk sanggar cheese, taburkan butiran halus gula merah@gula melaka@dark brown sugar atas pisang. Parutan cheese di atasnya (ku guna cheddar cheese jenis blok). Sedap dimakan ketika panas.

Resepi Sambal Kicap
Bahan:
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara:
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.





semua gambar adalah ihsan google. huhuwwuu. 
tunnggu nanti kita wat. kita share gambar, insya allah :)
credit this resepi too zachoes

terima kasih . adios!



No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...