16 Nov 2014

Who is MIMO? *part 1*


hehe. sapa mimo? ape mimo? hihikkkk


nampak tak kat dalam profile tue? sapelah MIMO tue kan.. Mimo nie my pet. Kucing Wardah yang paling Wardah sayang.. abaikan muka Wardah tue. hahaha. saje nak mencapub jap. heee. 
Kucing nie abang Wardah hadiahkan untuk letak kat rumah nie. Kat rumah ni tak da sape pun yang boleh jaga sepenuhnya. Mak bizi ngan keje mak, tapi pet ni macam ahli keluarga baru kami lah. dan Wardah yang salu main-main dengan dia. comel sangat-sangat. kat rumah ada mak, ngan adik Wardah yang tengah amik spm tue. Wardah memang suka kucing pun, tapi sebelum nie tak pernah terfikir nak bela macam jaga Mimo nie. Abang dah siap belikan sangkar 3 tingkat untuk dia. tempat berak, tempat makan, minum air. Makanan tiap2 kali abis kenelah belikan untuk dia. Dia tak makan fresh fish yg frozen tue. dia ada jenis makanan dia sendiri. 

jom tengok kucing Wardah :

this is MIMO :D
*abaikan kaki ituuu.haha*

kucing ni kucing jantan. comel, kucing ni tak adalah parsi sangat tapi bulu dia lebat. Ekor dia jenis kembang jugak. Jenis bulu dia, bulu jenis panjang2. dulu kecik je masa abang bawa ke rumah masa first2 dulu. skang da besar sikit. ala-ala remaja la.. haha. 

masa awal-awal bela dulu, tak berani sangat nak lepas kat luar. luar rumah. sebab takut dia lari. abang beli mahal dalam 3 Ratus. memang lincah kucing nie. suka sangat main. jantan kan. awal2 dia  memang tak pandai berak kat tempat berak dia. ade la dalam 2 hingga 5 kali dia berak dalam rumah. kat mana tue. rahsia. hahahaha. penat jugak nak bersih2kan dan nak buang bau taik dia tue. hihi. normallah tue kan. 

dah lama-lama dia pun dah biasa buang najis dia dalam tempat berak dia. ada bekas isi pasir tahi kucing. bila dia berak kenelah buang supaya bau najis dia hilang. Mimo nie tak suka dimandikan. hahaha. first time dulu tutup kunci pintu bilik air, siram badan dia ngan air, then, dia naik atas bahu Wardah kowtt.. cuak gila masa tue. haha. lama-lama dia tak naik atas bahu dah. bila dia mandi kenela prepare towel untuk dia. haha, takkanlah nak bagi dia kuar basah-basah keliling umah. Wardah lapkan badan dia, sampai badan dia kurang menitiskan air mandi tadi. Lepas tu, letak dalam sangkar supaya dia boleh urus diri dia. Biar dia jilat sendiri sampai kering. *jahatkan?*

ada banyak perkara plak nak cerita pasal kucing nie. hihi. nanti Wardah nak cerita saat2 mencemaskan dan melucukan dengan Mimo. nantikannya okeyh??

lai tengok gambar Mimo.





nielah Mimo. main2 ngan dia guna penyapu lidi, amek satu batang je. then, buaikan lidi tue, t dia lari la kejar batang lidi tue.. haish. skang makin lasak. pantang dengar pintu rumah terbuka, terus lari. haha. nasib tak baik, kene la mencari kat luar rumah. haha. nasib dia tak baik, dudukla dalam rumah. haha. dia nie memang lincah. if dia dah penat ke mengantuk ke, nanti dia cari port nak landing. haaaa. bila dah lancing tue, tidurlah gayanya. haha. 

cukuplah intro pasal Mimo. nanti2 kita sambung lagi ya.

adios. 


2 comments:

  1. cute kucing nya... kalau gemuk skit lagi tambah2 cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. aha, tapi belum cukup gebu dan gemuk lagii.. tunggu dia membesar ^,^

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...