Pages




29 Aug 2015

Sifat Sabar Teruji

Sifat Sabar Teruji | Pernah tak kalian beratur panjang untuk keluarkan duit di mesin ATM, tetiba ada seorang pak cik ni, beratur balik dekat seorang pak cik belakang dia selepas dia guna mesin ATM tuuu? Huhuuu
Wardah sebenarnya jenis orang yang tak sabar pada mulanya, tapi cuba bersabar memandangkan Wardah seorang perempuan. Dua di hadapan Wardah seorang lelaki. Pada mulanya, lelaki yang pertama tu, dia macam ada masalah sikit nak keluarkan duit dari mesin ATM tu. Bila skrin paparkan berapa amaun yang nak dikeluarkan, dia tekan tekan, dia tekan tekan, tak dapat seperti apa yang nak dia keluarkan. Wardah perhati.. Baju dia agak lusuh, mungkin dia ada tangungjawab sebagai seorang bapa. Wardah perhati je dia. Sebab belakang dia pun ade orang. Lelaki. 

So, bila dia tak dapat hendak keluarkan amaun yang dia nak. Wardah ingat dia pergi belakang ke. Huhu Dia pergi belakang lelaki yang belakang dia tu. Masa tu. Rasa nak marah, tapi buat-buat cool je. Hoho. Mungkin ade masalah kowt pak cik ni. 

Bila tiba turn dia.. tetiba dia kata kat Wardah, dik, tolong keluarkan seribuuu.. ! Erkkk. Wardah jadi takut jugaklaa. Sebab muka dia pun ada bengis-bengis sikit. Sapa tak takut tuu, tatawla, tapi memang ade seram sikit bila dia minta keluarkan seribu. 

Wardah pun ermm, ermm, pergilah tolong keluarkan.. 

dalam hati, xpe, pe, dia minta tolong tuuu, pergi tolong pat..

Wardah tolong, Alhamdulillah, keluarlah amaun seperti yang dia nak kan. 

Dia dapat duit dia, dia pun pergi. Nasib baik boleh keluar duit pak cik tuu.

Lepas tu, Wardah pulak boleh keluarkan duit. Hoho. 

okey, setakat tu sahaja ceritanya. 

4 comments:

  1. Terjadi pada diri sendiri..last2 suruh hubby keluarkan...huhu..sekarang dah pandai guna atm..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Sabar juga akhirnya ye ...

    ReplyDelete
  3. hehe.. agaknya mata pak cik tu tak berapa nak nampak...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. secara jujurnya dengan iha sekali rasa seram sejuk baca cerita ni.. tapi baguslah, hikmah kesabaran Wardah tulah yang boleh buat Wardah keluarkan duit cepat2, hihi :D

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...