Pages




5 Sept 2015

Cheesekut Mudah


Cheesekut Mudah | Petang-petang lajak macam ni rasa nak buat sumthing dengan rumate. Berbekalkan biskut cracker yang banyak sangat, pakat pakat pergi ke Pantai Timur beli barang tambahan macam Cream Cheese dan Biskut Cream O. Bahan-bahan lain semua dah ada. 

Bahan-bahan untuk Cheesekut :

Biskut Crackers 1 pack :
Cream Cheese *Wardah beli yang TATURA 250 gram
Susu dutch lady yang kotak kecil*tapi Wardah guna susu tepung sebab Wardah ada lagi susu tu
1/2 Susu Pekat Manis
Oligo / Milo 
Biskut Cream o

Cara-cara :

Toping :

1. Asingkan krim biskut Cream O dalam bekas lain. Hancurkan biskut tersebut. Guna yang tidak ada krim biskut. 
2. Taburkan milo ke oligo ke nestum ke atas layer yang atas sekali. Nak sedap selang seli kan dengan lapisan biskut. 

Buatnya :

1. Kacau cream cheese dengan 1/2 susu pekat manis. Bagi jangan berketul dan nampak berkilat. Guna mixer boleh, kalau nak guna tangan pun boleh, tapi lenguh-lenguh sikit. Hihi
2. Susu dutch lady tadi di masukkan dalam mangkuk . 
3. Setelah siap bahan-bahan ini, sediakan bekas berbentuk segi tiga sama ke segi tiga panjang ke asalkan bentuk petak supaya senang nak letakkan biskut tu. 

4. Celurkan biskut cracker dengan susu dutch lady beberapa saat dan susun di dalam bekas tupperware tu. Susun comey-comey ye.
5. Selepas itu, dan duduk dalam barisan yang kemas dan rapi, sapukan cream cheese atas susunan biskut tu tadi. Buh nipis-nipis aje. Layer paling atas buh tebal sikit cream cheese tu.
6. Selepas itu, ulang langkah 4 dan 5 hingga 4 layer. 
7. Kalau rajin, topingkan biskut hancur tadi dalam layer-layer sebelum sampai atas. Ikut kita nak buat cemana pun. asal cantiklah rupanya sikit. 
8. Sampai layer ke empat tu, buh cream cheese tebal sikit. Then, bubuh toping biskut ke, nestum ke, biskut cream O tadi tu. 
9. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. 

Kemudian siap untuk di makan!

Simpan dalam peti sejuk kat dalam satu bilik ni. 

Malam ni jumpa Aiman Banna. Lepas malam tu boleh ambil kat bilik tu dan makan.

Tak sabar nak makan! Nanti Wardah nak cerita gak siapa Aiman Banna tu. Tata semua.

12 comments:

  1. Pernah buat dessert ni .memang sedap...lagi sejuk..lagi sedap

    ReplyDelete
  2. baru je buat cheesekut mggu lepas...senang dan sedap..

    ReplyDelete
  3. wahh menarik ni nak try lah..mudah gak..

    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  4. Cheesekut Mudah Dot My yer...hehehe

    ReplyDelete
  5. mana gamborrr hehe nakkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  6. Baru baca resepi dah kecur aliur...
    Salam kenalan. Blogwalking di sini.

    ReplyDelete
  7. Wah, boleh buat masa raya nanti...

    ReplyDelete
  8. Thanks 4 sharing.. Bole cube ni :)

    ReplyDelete
  9. wahhhh, macam best. Nanti boleh cuba buat :)

    ReplyDelete
  10. Bila ntah nak buat ni.. Resepi dah ambil lama dah..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...