Pages




27 Sept 2015

Esok Kami Sekolah

Esok Kami Sekolah | Baru sahaja balik daripada menghantar adik-adik ke SMAP, Labu. Rasanya betullah kowt cakap mak Wardah. Wardah ni degil sikit tak nak dengar cakap mak yang jalan lalu dari Masjid Tanah-Lendu-Alor Gajah ke Seremban tu jauh. Huh. Egolah katekan. Mak cadangkan supaya lalu kat Pedas Linggi ke laluan highway Port Dickson. Hari tu ade lalu dengan mak tapi tak jumpa laluan Pedas Linggi tapi lalu Port Dicksonlah. Rasa macam tak banyak kereta. Rasa macam senang je sampai. Rasa macam cepat. Tapi Wardah? Tetap ego lalu juga tadi laluan Rembau. Erk.


Sebenarnya, tak ingat juga nak jalan kat laluan Port Dickson tu, hahaha. tu yang lalu dekat tempat yang dah biasa.Tadi Wardah lalu dekat Simpang Empat dan lalu highway ke Kuala Lumpur tapi Wardah Exit dekat Labu. Jauh jugak perjalanan tu. Haha. Tulah degil sangat tak nak dengar cakap mak. Heee. Lepas ni nak guna laluan yang mak cakapkan tulah. Sebab sekejap je dah sampai sekolah adik masa guna laluan ke Port Dickson tu. Tadi sampai dalam pukul 5.30 petang. Biasa dah gerak balik rumah dah masa tu. Huhu.


Wardah ambil kawan Wardah juga kat Terminal 1 tadi. Dia akan tumpang rumah Wardah sampailah habis sekolah bulan 11 nanti. Namanya Syida. Kecil molek aje orangnya. Memang serba salah juga tadi terlambat. Erkk. Malu sangat dengan keluarga dia. Lama kowt tunggu. Puncanya kenapa? Angaplah Wardah yang lambat. Sepatutnya nak gerak pukul 2.30 petang. Tapi lambat pula adik-adik ni siap. Pukul 3 petang jugak gerak. Adehh. 


Sebenarnya Wardah tak kenal lagi Syida ni. Dia daripada IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Dia tinggal kat Kuala Pilah. Jadinya dia nak buat intership sekali dengan Wardah. Wardah terima aje.. Ade geng juga nak buat nanti! Heeee. Tapi tapi Wardah tengah kekok dengan dia. Maluuuu. Huhu. Esok kami ke sekolah. Kene ke sekolah. sebab Melaka punya sekolah tak cuti. hahaha. Oklah, nak urus diri, lepas tu tidur. Gementar jugaaaa nak pergi sekolah esok ni. Moga semua baik-baik aje. Pentadbiran baik, cikgu-cikgu sekolah pun baik. Insya allah. 

Kbyee. Gudnite!! Esok Kami Sekolah

3 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...