Pages




21 Oct 2015

Malam Berteman Laporan

Malam Berteman Laporan | Malam yang mengantuk bertemankan laporan program-program intership. Terasa lesu. Mengantuk. Boleh plak an. 


Ish. Ish. Ish. Nyah kau dari sini semua rasa yang mengantuk malas itu!!! 


Ni duk menyambil buat laporan sambil sambil mendegar lagu-lagu yang ada berkumandang dalam laptop ni. Berapa banyak sambil laa yang ko gunakan. Haha.


Minngu depan murid-murid dah nak periksa akhir tahun. 


Risau pula budak-budak yang asyik cuti jerebu tak study. Harap sabtu ahad anak-anak murid kesayangan ulangkaji pelajaran mereka. Tak kisahla pelajaran apa pun.Masa kelas tadi.. Fawwaz (bukan nama sebenar) demam pun masih datang sekolah. Last-last minta dia tidur aje tengok minta dia berdiri pun memang tak larat dengan mata yang macam berair. Demam. Selalu aktif aje.  Teringat pula si Man (bukan nama sebenar) ni. Susah nak cerita. Moga jadi iktibar. Jangan berlari kat tepi jalan. Lagi-lagi jalan tar tu. Bahaya tahu tak!! Kat mana-mana pun bahaya. Jangan ingat nak balik laju aje lari. Kita tak tahu padahnya menanti kalau tak berhati-hati. Muka sebelah kiri dia dah bengkak. Tanya kenapa, dia jatuh kat jalan tar. Muka tersembam. Sakit sangat tengok dia. Dia pun dah jadi pasif, mungkin menahan sakit, mungkin juga malu dengan keadaan dirinya tu. Wardah memang terkejut tengok muka dia. Ingatkan eksiden. Mudah-mudahan semakin sembuh sakitnya tu.


Sabtu ni bakal berjalan lagi ke kenduri kahwin sedara mara yang jauh. Nasib baik adik lelaki dah cuti semester. Bolehla minta dia drive bawa kereta. I takut sikit nak bawa kereta pergi bandar Kuala Lumpur. Takut sesat. Takut dengan bandaranya yang sesak dengan kenderaan. Mak pun nak pergi Kenanga lagi. Minggu ni juga kembar balik. Kene ambil di Seremban, Jumaat nanti. 


Untunglah asyik jalan aje. Haha. Untung juga jalan, duit pun jalan jugak. Hihikkk. 
Jum teman sambung buat laporan. Babai!


Malam Berteman Laporan | 

6 comments:

  1. Ya Allah... Sakitnya muka tersembam kat jalan >< Semoga cepat sembuh... Hurm....
    Anyway, selamat membuat laporan.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit sangat, duk bercakap dengan dia pun, dia duk sedih dahh.

      Tengah buat laa ni. Haha. Meh Tolong!! :P

      Delete
  2. sian tersembam jalan tar tu mesti sakit yg amat kannn., moga cepat semboh si Man bukan nama sebenar tuuu.,

    ReplyDelete
  3. Itu lah, asyik cuti aje sekarang. Exam dh tak lama

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusan Wardah ^-^

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...