Pages




14 Oct 2015

Merasai Jiwa Pendidik Sebenar


Merasai Jiwa Pendidik Sebenar | Hai semua. Sejak bermulanya intership sejak 28 hb September yang lepas. Wardah rasa jiwa pendidik itu semakin dekat di dalam hati. Kalau dulu mungkin belum masuk ke dalam jiwa sepenuhnya, alhamdulillah sekarang ni lebih-lebih terasa umphhh seorang pendidik. 

Ada yang kata kerja guru ni mudah saja. Iye ke mudah? Cuba bayang seorang anak pun sukar untuk kita ajar apatah lagi satu kelas yang mempunyai 40 hingga 45 orang murid? Huhu. Pengalaman Wardah belum banyak lagi. Masih sedang belajar. Belajar mengurus, belajar berkomunikasi, belajar dan terus belajar. Mengambil dan mencedok ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang sudah mahir mengawal kelas, memberikan pengajaran dan juga guru yang telah diberikan anugerah kecemerlangan dalam perkidmatan. 

Intership ni ajar menguruskan beberapa program. 

Contoh nak buat pertandingan. Apa yang perlu ada. Hadiah, peserta, kertas kerjalah yang pasti. Bajet perbelanjaan dan sebagainya. 

Contoh nak buat tazkirah, siapa yang involve. siapa yang nak bagi tazkirah dan sebagainya. 

Biasalah tu kan. 

Wardah tak biasa sangat buat program. Memang rasa merangkaklah juga tak tahu macam-macam perkara. Tapi tak apa, belajarlah. Jangan tak belajar. Ye dakk? Dah tahu nanti mudah. 

Lagi satu, jangan malas-malas bertanya. Ringankan mulut. Bertanya sebab kita tak tahu. 

Haha. Wardah ni mula-mula pendiam sikit. Nak bercakap pun dengan guru-guru sekolah berfikir dua tiga kali. Takut salah cakap. Alhamdulillah, sekarang bolehlah nak borak-borak. Hihi. :)

Doakan program yang Wardah buat sempena Awal Muharam ni berjaya. Insya allah. 

8 comments:

  1. Selamat menjadi pendidik yang banyak memberi manfaat untuk anak anak didik :)

    ReplyDelete
  2. kami time praktical kena buat modul pendidikan moral..
    lukis mural.. and opcoz setiap AJK akan ada nama kami.. weeee..

    gud luck adik manish.. enjoy ur practical days sbb lagi sweet dr jadi cikgu sebenar nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh.. modul pendidikan moral? daebak tuuu kak. haha. samalah. ni ada lagi projek yang kami kene turut serta..

      Thnks akak... sy rasa sy dah fall in love dgn akak laaaaa hihi

      Delete
  3. Wahh!
    Semoga menjadi seorang pendidik yang ikhlas kerana Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah. aminn terima kasih atas doanya.. :)

      Delete
  4. Bestkan jadi mendidik. Rindu betul dgn telatah anak2 didik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestt sangat2. dunia yang mencabar tapi have their own sweetness. Hihi. Natra bakal guru jgak ye?

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...