Pages




10 Dec 2015

Pengapit Pengapit Sangat

Pengapit Pengapit Sangat | Tarikh bilamana Wardah ke Majlis Perkahwinan Puan Fira di Pagoh dan tiba-tiba ada yang melamar Wardah untuk jadi pengapit rakan sekelas Wardah yang minggu depan akan berkahwin. Majlis Puan Fira ni 28hb November, Wardah dilamar untuk majlis minggu depan iaitu pada 5 Disember 2015. Sebenarnya Atirah tiada semasa pelamaran pengapit ni sebabnya yang ada cuma pengapit yang tak nak jadi pengapit masa majlis Atirah. Hihi. Mungkin juga sebab Wardah antara kawan rapat si Atirah jadinya dia offerkan job pengapit tu. Setelah berbincang dan berbincang, setelah dia menanyakan kepada pengantin tentang penukaran pengapit tu, pengantin pun setuju dan barulah Wardah pun setuju.


Ni adalah gambar kawan-kawan yang ada semasa Majlis Perkahwinan Fira di Pagoh.


Balik dari Pagoh, hantar kawan ke Merlimau. Kawan yang offerkan Wardah untuk jadi pengapit tu. Teruja ke tak eh?? Haha. Sebelum ni dah pernah jadi dekat Majlis BFF Wardah sendiri. Mungkin kali ni tak kekok sangat dan insya allah will try do lagi better. Dan Jumaat pada 4 Disember petang dalam pukul 4 petang Wardah gerak ke rumah Atirah ni. Ingat ke jalan. Ingat ke. Sebenarnya Wardah tak ingat pun, jadi main redah aje. Dari Masjid Tanah, Wardah lalu jalan Sungai Udang keluar ke highway dan terus sampailah ke Merlimau. Sampai je signboard Bemban susur kiri dan dah dekat dah tu. Carilah jalan paya panglong. Wardah tak nampak lorong tu jadi Wardah terus aje sampai kilang Huang Tai Resoucers. Last2 rasa tak sedap hati telefon je terus. Haa. Rupanya dah ke depan sangat Wardah ni. Patah balik dan U-turn dekat traffic light and masuk lorong Jalan Paya Panglong tu. Haha. Berapa kali sesat sampai nak masuk ke rumah bangla. Hah. Last2 adik dia datang naik motor dan Wardah pun ikut je sampai rumah Atirah. Malam tolong-tolong keluarga dia dan masuk tidur. 


Esoknya, Wardah teringat masa kawan Wardah dulu kene siap awal jadi lepas solat Subuh dah siap dah. Hahahaah. Rupanya orang lain suma buat relax je. Kahkahkah. Majlis nikah dekat rumah aje so tu yang diorang tak siap awal pun. Tapi tak apalah siap awal pun bagus, lagi pulak Wardah tak bawa baju lain selain jubah kaler mustard dengan tudung warna merah gelap tu. Wardah pun tolong-tolonglah apa yang patut, sementara mak andam masih belum sampai lagikan. Jaga anak sedara dia, hiaskan laman tempat guestbook tu, dan isi makanan dalam perut sendiri. Haha. 


Tugas sebagai seorang pengapit :
1. Temankan pengantin sampai habis majlis. Kah kah kah. 
2. Lapkan air mata, peluh ke menggunakan tisu atau span yang mak andam dah sediakan.
3. Berarak sekali dengan pengantin. Bawa payung, kipas props pelamin tu dan kalau baju dia labuh tolong pegangkan masa dia berjalan. Tak pun mak andam yang tolong pegangkan kain baju pengantin tu. #kadangkadangtakcukuptangan
4. Kipaskan pengantin masa bersanding. Sambil2 tu tengok2 makeup pengantin macam biasa. Jangan lupa berikan bunga telur kepada orang yang datang kepada pengantin tu.
5. Layan pengantin makan, bukakan lauk dan hidangkan makanan.
Secara ringkasnya macam tulah tugas seorang pengapit. 


Mak pengantin pesan supaya Wardah jaga bahagian doorgift untuk kawan-kawan pengantin. Kiranya Wardahlah yang akan beri pada deme ni. 


Ok, bila mak andam datang dah mulalah Wardah temankan pengantin ni. Apa yang mak andam nak, apa yang pengantin nakkan. Mula-mula tu dia mintak ice nak make up kan pengantin kan. Wardah pun pergi cari kat luar rumah ada dalam tong. Lepas tu ada mintak keronsang, koset, minta panggilkan adik dia untuk pakaikan koset. Sebenarnya kawan Wardah ni nampak lagi kurus daripada sebelum ni. Memang dah jadi kecik dah badan dia skang. Hihi. Baguslakan. Diet untuk majlis dan untuk suami dia juga. Majlis nikah dia buat depan ruang tamu je. Pukul 9 mula majlis nikah. Baju nikah warna kelabu pink. Cantik juga kombinasi warna ni. Mulanya dia nak buat majlis tunang sekali, tetapi imam datang lambat, jadi teruskan dengan majlis nikah. Haa, masa ni pengapit kene duduk dekat sebelah pengantin. Kene tenangkan pengantin kalau pengantin resah ke, rasa sebak ke. Biasalah pengantin akan rasa perasaan yang macam-macam lagi-lagi bila kawan Wardah pesan, dia risau dia akan menangis. Jadi Wardah bersedia saja. Bila kawan kata macam berpeluh sikit, dap la muka dia. Jangan tekan kuat-kuat nanti makeup dia lari. 


Mula-mula, imam tunjuk borang yang pengantin kena isi dan tengok betul ke tidak nama bakal suami dan ejaan nama dia betul ke tidak. Yelaa, penting sebab kang salah nama suami kang kan dah susah. Dah selesai, mulalah dengan kata-kata aluan daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Ada khutbah sikit, ada training untuk acah lafaz nikah tu. Haa. Alhamdulillah satu kali lafaz, sempurnalah kawan Wardah menjadi officially isteri kepada suami dia. Ada lafaz takliq. Lepas tu sesi sarungkan rantai, cincin dan sambil-sambil tu amek gambar. 



Lepas tu, Wardah pun lapar, g makan kejap. Ada juga rakan-rakan maktab yang lain senior-senior pun ada. Photographer pun senior dari lepasan maktab jugak tu. Rakan sekelas ada yang datang lepas akad nikah tu. Rakan-rakan suami dia pun ada masa majlis akad nikah. Pengapit suami dia pun budak maktab juga. Memang ramaila budak-budak maktab yang datang. 




Dalam pukul 1 majlis berarak. Sanding kejap. dan tiba masa untuk pengantin makan-makan. Wardah pun temankan pengantin makan. Haha. Yang lawaknya, pengapit lelaki boleh relax je. kih3. Last-last mak andam panggil dia suh temankan pengantin lelaki makan. Wardah gelak kecik je. Wardah nak panggil segan. Biarlah mak andam yang panggil. and Wardah wanna said. Memang meriah, dengan student-student maktab ambil gambar masa pengantin tengah makan memang superb. Wardah rasa majlis ni paling happening dan menyentuh jiwaaa nokk. haha. Berapa banyak kami kami dak-dak maktab amnbil gambar. Tetiba rasa macam watak penting. Kah kah kah. 




Wardah akan ingat tarikh keramat ni. Pesanan-pesanan dari kawan-kawan akan Wardah semat dalam hati. Eh eh. Ada apa-apa ke yang berlaku masa event ni? Hurmmm, biarlah Wardah yang simpan perkara ni. Cuma Wardah pesan, pada pembaca.. Masa majlis orang kita tengah happy-happy jangan pergi spoilkan mood dengan perkara lain. Dah cukup dah Wardah happy dengan gelagat rakan-rakan masa tu, janganlah pergi lukakan hati yang memang berparut ni. Buat spoilkan majlis orang lain aje. If wanna to apologize jangan buat masa majlis orang yee. Nanti jadi majlis kita pulaks. 

Oklah, dalam pukul 4 petang Wardah pun gerak dari rumah Atirah ni. Memang pengapit-pengapit sangat. Hoohoo. 

13 comments:

  1. Wahhh.Pagoh tu dah dekat dengan rumah sy hihii

    ReplyDelete
  2. Pengapit lagi cantik cmen citer.. Hehe

    ReplyDelete
  3. ahahah siapa la nk jd pengapit qila nnt.
    eh tetiba! ahahahhahh

    semua cecantik ihihihi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun boleh Hahahahaha. Aqilah pon cantik!! ;)

      Delete
  4. Salam singgah sini dik wardah...selamat pengantin baru buat kawan wardah...semoga berkekalan hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa dah kawen.. huurm bila nak kawen plak ni ? nak kena cr calon..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...