Pages




14 Nov 2014

Berubah Jalan Indah

hai semua.. apa khabar? iman, hati fizikal semua sihat tak? semoga semuanya baik - baik sahaja.. :D Jom tengok topik..  Berubah, berubah macam mana tuh? ke arah baik ke atau ke arah sebaliknya? Sudah semestinya ke arah kebaikan.. :) Percaya tak berubah ialah suatu jalan yang sangat indah? ^_^  Percayalah, percayalah.. *tetiba kedengaran lagu siti nurhaliza, percayalahh....hihi* mungkin ada yang terlintas,"Mengapa pulak kene berubah? aku jahat sangat ka?" mungkin jugak terfikir ini.. "eh, rasanya aku baik-baik aje, nak kene berubah lagi ke?" opssss, jangan kita rasa diri kita ni baik taw, takut nanti, jadi riak pula pada kebaikan yang kita dah buat, then perbuatan yang sepatutnya dapat pahala, jadi sia-sia sahaja...
back to the topic, melalut pulak minah nie. haha. i memang kuat membebel sikit. hihi :P 
Since saya rasa saya ni sangatlah teruk, sebab saya tidaklah konsisten pakai tudung labuh, even kadang-kadang saya agak fashionable bila keluar ke mana-mana. taklah fashionable sangat, cuma cuma cuma masa saya malas kadang-kadang saya xpakai stokin masa keluar, handsock memang saya jarang pakai, saya selalu pakai cardigan hitam,n shirt lengan pendek serta seluar jeans.huh. i admit it. saya orangnye biase2 sahaja..
sedihkan. sedih sangat-sangat bila tahu saya suka sangat pakai simple2 macam tue. saya juga seorang yang amat teruk yakni hanya Allah sahaja yang tahu sifat yang saya. and some how dalam keadaan yang sepi kadangkala saya juga termenung, how i want to berubah kepada yang lebih baik? how dan how?? ehmmmmmmmmmmm
*****************************
berubah tue memang payah, lagi lagi bila kita dah terbiasa melakukannya. right? soooooo, kalau nak berubah, kenelah set matlamat.. awak semua yg nak berubah kene betul2 TEKAD taw ? :)
SILA JAWAB SOALAN-SOALAN INI, SBG LANGKAH PERTAMA NAK BERUBAH..
APA yang aku perlu ubah?
KENAPA?
HOW?
HALANGAN-HALANGANNYA?
PUNCANYA?
CARA NAK ATASI?
semua persoalan tu kenelah fikir masak-masak, dan bila dah ada jawapannya, itu akan memudakan diri kita untuk berubah.. insya allah.. 
Contoh : Ini contoh sahaja ya??
Apa yang aku perlu ubah : Kuat Tidur & Malas
Bagaimana : buat nota, self-reminder dlm hp, note-note dekat lappy, note-note dekat dinding, USAHA YANG TEKAD, KEAZAMAN YANG KUAT. dll
Halangan-halangannya : Hujan yang sejuk, tengahari yang mengeyangkan, hari yang membosankan. dll
PUNCA MALAS : diri sendiri, diri sendiri, diri sendiri
Cara nak mengatasinya : usaha!! doa!! solat!! cari kawan yang rajin, pelbagaikan aktiviti, kreatif, ceriakan diri, aktifkan diri berprogram, belajar pelbagai kemahiran dll
haha. ini contoh sahaja. tidak ada kene mengena dengan ang hidup ataupun mati. nie main tembak aja semua jawapan tue. 
but, yang saya CAPLOKSKAN tue,
 betul, kene ada USAHA dan KEAZAMAN YANG KUAT! 
hihi.. yang inilah yang paling penting. jika anda tak memotivasikan diri anda untuk terus tekad. anda akan jatohh.. jatohh.. dan jatohhh..   so sad  :(
walaubagaimanapun, tak semestinya, bila anda J A T U H, anda tak dapat naik balik. Anda boleh usaha sampai anda dapat capai matlamat tersebut. *cakap macam senang je kan* hahaha, memang payah pun, sapa kata senang?? saya ada cakap ke??? hahaha :P
percayalah, jika kita TEKAD nak berubah, kita akan dapat rasa kemanisannya, dapat rasa kesenangannya, mungkin kita akan keseorangan, rasa tiada siapa yang sayang kita pada waktu itu, sedarlah, Allah hanya mahu kita kembali pada Dia. SEDARLAH JIWA, SEDARLAH HATI.. :'D
bila kita dah tekad, jangan pernah kita berpatah langkah semula. jangan pernah kita pusing ke belakang semula. berpatah balik untuk dijadikan pengajaran adalah lebih baik..daripada kita berpatah balik, lalu tersungkur lagi..INGAT TU?? INGAT PESANAN NI DAN SELAMAT BERAMAL.. belum habis lagi ni.....
bila kita dah tekad, jadikan kebiasaan perubahan itu jadikan amalan setiap hari..contoh jika anda selalu tinggalkan solat, apa kata, anda tukar paradigma, dengar azan je terus solat dengar je, terus bergegas siapkan diri, terus solat..insya allah, kuatkan diri bergerak, kuatkan diri bersegera dengan solat.. kuatkan diri juga berdoa Allah beri hidayah pada diri, berikan kekuatan untuk melangkah berubah dengan yakin.. insya allah, Allah akan membantu setiap hambaNya yang ingin berubah.. jgn pernah berputus asa, JANGAN..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
semua manusia akan gelisah hatinya, gelisah jiwanya, bila sudah melakukan kesalahan, lebih2 lagi bila melibatkan dosa. jiwanya kurang tenang, gundah gulana.. saya sedar, bila kita berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah, jiwa saya semakin tenang.. semakin saya rapati diri saya dengan solat, Al-Quran, rupanya diri saya rindu dengan Islam.. saya masih mencari-cri sinar Islam tu, dan juga terasa lambat benar saya berubah.. dan menyesal kerna lambat untuk sedar. T.T

saya sedih kerana dahulu, jiwa saya, hati saya, berat untuk melakukan kebaikan.. *hanya Allah knows* perit, namun, saya gagahi juga, saya kuatkan juga..setiap kali terdetik melakukan kebaikan, saya gagahi jua, saya turutkan jua agar sinar kebaikan yg saya nak lakukan tu tak terhenti bila saya tangguhkan dengan sesuatu yang lain.. dan Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya. insya allah, doakan momentum saya maintain dan dapat istiqamah dengan amalan-amalan saya.. 
INSYA ALLAH...
indahnya, sweetnya Allah kan? 
berubah - berhijrah.
jika anda sudah BAIK berhijrahlah kepada yang LEBIH BAIK
jika kita rasa kita SEPARA BAIK - berhijrahlah kepada yang BAIK, seterusnya LEBIH BAIK
dan selepas BERUBAH, ISTIQAMAH LAH.. 
dan pada masa itu, saat indah, saat saat sweetnya DIa pada kita akan kita rasai.. ALLAH sentiasa sweet pada kita, tapi pada masa itu kita akan rasa LAGI SWEET.. :'D
oklah kawan-kawan. hari dah menjelang malam.
jom baca ni.
jom penuhi kriteria2 di atas. ^_^
selamat malam semua!!
assalamualaikum... :'D

2 comments:

  1. Thnks for sharing...satu wadah perkongsian yang amat berguna :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welkem ^^, terima kasih atas pujian tersebut :D

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...