Pages




12 Dec 2014

Hadiah Harijadi Yang Bermakna

Alhamdulillah pada hari 9 disember yang lepas Wardah sudah meningkat umurnya ke 23 tahun. Nak tengok gambar-gambar sekitar belasan hingga ke 23 tahun? boleh check kat SINI kerana di siitulah ada ucapan menarik da BOOM sempena Harijadi yang ke 23. :)

Apakah hadiah yang sangat bermakna buat diri ini? Minggu ni tak dapat nak update sangat memandangkan keluarga kami akan membuat kenduri kecil-kecilan pada hari ahad ini. Ada sedikit persiapan untuk dilakukan, jadinya tak berapa sempat nak mengupdate cerita sana sini. Semuanya jadi draft sahaja di bahagian post. huhu. 

Alhamdulillah, sangat-sangat berterima kasih atas semua ucapan dan semua doa yang dikirimkan sama ada daripada facebook, by calling, wassap, wechat, dan kad serta ucapan daripada blogger-blogger. Terima kasih tak terhingga. Itupun merupakan salah satu hadiah yang sangat bermakna, yakni ingatan sahabat tentang salah satu tarikh penting dalam diri kita ^^.

Selain itu, malam kejadian hihi keluarga Wardah juga belanjakan Wardah sebiji kek. Memang tak larat rasanya makan sorang tapi kek yang dibelikan memang untuk makan ramai-ramai. Sambutan sesama ahli keluarga aje. Alhamdulillah, merasa kek Secret Recipe, lama tak makan ni. Ngeee. lalalala. Terima kasih pada abang, walaupun kita bizi menyiapkan pelbagai persiapan untuk hari ahad ini, dia tak lupakan harijadi adiknya. Terima kasih abang!! Love U !! 
Kek Cokelat Secret Recipe

Secret Recipe's Cake

Pada hari keesokannya, kawan istimewa Wardah ajak keluar untuk sambut harijadi Wardah. Boleh tekalah kan siapalah orang itu. ^^ Happy sangat-sangat. Dia bawa adiknya sekali jalan-jalan. Kami pergi sini, Zoo Melaka. 


Masa Wardah pergi ke sini, memang ramai sangat. Musim cuti sekolah walaupun hari Rabu memang ramai orang. Tak terbayang Wardah macam mana kuantiti orang masa hari Sabtu dan Ahad. Wardah jenis tak kisah orang nak bawa jenjalan, asalkan happy happy dan dapat luangkan masa bersama. Tengok binatang pun boleh buat kita happy ape? :) Mana la tahu, masa jenjalan kat Zoo, ada orang buat shooting ke, ada suprise hadiah mengejut ke kan. Hahahaha. Lalalalala. Masa kami berjalan bertiga ni yang bestnya Wardah rasa macam dah jadi ibu pada adik kawan Wardah ni. Dia pula apaknya. Heee. 

Ada banyak gambar yang kami ambil, tapi tapi tapi tak sempat plak nak bluetooth kat Wardah gambar semuanya. Kalau tidak boleh letak sini dua tiga ke gambar. Ada gambar gajah satu famili, beruang comel, musang, kura-kura, banyak lagi lah. Wardah dapat topi warna pink. Comel je bila pakai. Adik dia pun dapat, topi kepala gajah warna kelabu. Memang comel bagi sesiapa yang nak pakai. Dia yang belanja. Simple but sweet. :P

Thanks awak bawa saya jenjalan dengan adik awak. Terima kasih gak belanja fave food saya, spageti kat Pizahut tu. Untungkan makan dengan saya, siao dapat voucher piza RM1. hihi. Beli pizza dengan harga biasa tapi di sebabkan dapat voucher tak perlu bayar dengan harga biasa tapi bayar dengan harga RM1 je. Nak tahu pergi makan kat PizzaHut. hihi. Thanks jugak bawak saya jenjalan kat pantai Klebang. Hadiah yang sangat bermakna sebab bawa saya luangkan masa dengan awak. Thanks awak ;) 

Hadiah yang lain pula ialah hadiah dari sahabat, BFF. Wardah baru ambil hari ini. 10hb dah sampai barangnya kat rumah tetapi tiada orang kat rumah jadinya diletakkan pass untuk ambil barang sahaja. Wardah minta adik pergi ambil hari ni. 11hb, update entry lambat. ngehngehngeh. 

JOM TENGOK, APA WARDAH DAPAT?? hihi

bungkusan yang sudah dibalut

eh, PLASTIKKK JE KERRRRRRRRRRRRR????

plastik hadiah cantik

eh tak la, mesti ada silap ni....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


tudung double face bidang besar

kad berbentuk hati

Alhamdulillah, terima kasih sahabat. Dia menghadiahkan tudung bidang besar double face. Siap ada kad lagi. Terima kasih sahabat. Walaupun duduk satu Melaka, tapi kam terpisah di hujung dunia. Wardah duduk antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan manakala dia pulak duduk dah nak dekat Muar gitu. Jauhkan? Dia tetap beri hadiah walaupun jauh. Syukran sahabat atas ingatan yang tulus ini. Hanya Allah dapat membalas jasamu. :'D

Terima kasih atas hadiah yang sangat bermakna ini. Ada juga rakan yang beri audio nyanyian lagu birthday kat whatssapp dengan guna suara sendiri. Sedappppp wooo, jangan memain. hihi. Thanks semua atas semua hadiah dan kenangan ini. Kamsahamida. Itu shaja. 

Adios!

6 comments:

  1. happy belated birthday dear :)

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/11/1st-anniversary-giveaway-mind-meld.html

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday wardah. Semoga panjang umur, murah rzki dan diberkati olehNya. Amin. Muda lagi tu. kak eka pun dah 26 ni hehehe

    ReplyDelete
  3. waaaa...best dapat hadiah wwwooooo...huhuh

    ReplyDelete
  4. happy birthday kak !! hehe.. btw jeles nya tengok cake tu.. Ya Allah.. memang menggugat perut betul.. kan best kalau tiba2 ada org buat suprise masa pergi zoo tu :p hehe berangan je ina ni :p

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday. Sedapnya kek :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...