15 Apr 2015

Gigi Bongsu!! Arghhhh!!


Hari nak cerita sikit sikit pasal Wardah. Bangun lewat dah pagi ni. Bukannya apeeee. Malam tadi memang hujan. Biasanya tak hujan. Jadi malam tu memang sejukkkkk. Wardah kalau tidur kat rumah sewa ni kene pakai sweater, selimut nipis, dan selimut tebal. Haaa. nampak tak. Wardah juga kene tidur kat atas tilam ataupun katil. Kalau tak tidur atas tilam ataupun katil tu, Wardah akan selesema pagi tu. Bersin-bersin sebab kesejukan. hoho. That is the reality of Wardah Aneesa. Cewahh. 
Jadinya pagi tadi memang terjaga pukul 4 ke pukul 5 pagi gitu. Wardah tertakpakai selimut. Jadinya memang sejuk ngat. Bangun tu nak tarik selimut je. Hoho. Biasanya bangun pukul 6 pagi. Sebab sekolah dekat dengan rumah sewa, 5 ke 10 minit dah sampai sekolah. Pagi tu memang bangun lewat. Jaga-jaga bangun pukul 6.55 pagi dah. Secara tepatnya boleh cakap 7.00 pagi??? T.T

Memang Wardahlah peserta pertama yang akan mandi. Hoho. Memang lewat dah. Nasib lah baju semua dah iron siap malam semalam. Tak adalah kalut mana. Mandi setakat sabun badan. Cuci muka gosok gigi kemudian sebab memikirkan ada dua lagi member yang nak guna toilet juga. XD Ambil air wuduk siap-siap. Pergi solat. Lepas solat cuci muka gosok gigi. Memang kalut. 
Walaupun cuba menarik nafas dengan tenang dan berlagak cool dalam hati macam nak meletup-letup terkejut. Hahahaha. XD Nasiblah minggu ni minggu peperiksaan. Memang relax je tak ada observation daripada mana-mana lecturer dan guru pembimbing. Huuu. Lega sikit. 
Aik. panjang benarrr pengenalan. Haha. Kenapa dengan gigi bongsu ni. NAPE NAPE?? Waktu rehat  pergilah makan-makan kat kantin. Lidah ni pulak duk gatal-gatal usik geraham hujung gigi belah atas. Erkkk. Ada anak gigi bongsu tumbuh laaaa. Aiyokkk. Takutnya rasa sebab macam-macam Wardah dengar mengenai gigi bongsu ni.. Aiyak. Aiyak. Aiyak.

OMG. Seriauuuuu. Seramm. Takuttnyaa!!

Buat masa ni belum rasa lagi. Tapi dah rasa anak gigi tue kat belakang gigi hujung tuu. Lidah ni duk rasa-rasa memang ada dah gigi tuu. Beritahu kat member housemate. Dia duk buat THUMBS UP. hoho. Nakal betul dia. Jahat! Hoho. Macammana lah nantiiii. Kite tunggu kehadiran gigi bongsuu ni. :(

3 comments:

  1. Memang sakit gigi bongsu tumbuh tu... akak masa tumbuh gigi bongsu sampai bengkak pipi... nk tido pun xleh seminggu lebih

    ReplyDelete
  2. uuuit gigi bongsu akak belum naik tumbuh lagi.. mak akak umur 40 something bru tumbuh..
    sampai demam2..

    ReplyDelete
  3. gigi bongsu yang belah mana eh... lupa dah pasal gigi ni.. tau gigi je.. hahaha

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...