18 Apr 2015

Jemur Baju yang Menakutkan !!!!!

Hai semua. Nak cerita pasaipaaa ni samapi takut takut nak jemur baju? Ada hantu kahh?? ada vampireekahhh?? 

hantu gigi tajam

takut tengok gambar ni pi lari-laju-lajuu hahaha XD

jom sambung cerita....nape Wardah jadi takut???

Bukan apa, Wardah tadi duk sidai-sidai baju. Penyidai ni belakang blok Wardah, belakang tu ada blok asrama lelaki. Tapi bukan blok asrama lelaki ipg ni. Tapi blok asrama institusi pengajian lain. Tapi tak pasti apa nama institusi tu. Tengah ralek sidai-sidai baju. Dengarlah macam ade orang duk berbual-bual. Wardah dengar ni bukan suara seorang perempuan, tapi suara lelaki. 

Jadinya macam risau jugaklah. Mana datangnya suara-suara budak-budak laki ni?? Hummm. Dahla Wardah pakai suar bintang-bintang. Suar tidur Wardah. Tak ketat pun cuma suar macam suar pijama tu. Memang la pelik baju Wardah. Pakai kowt macam cadigan tu sebab Wardah pakai baju lengan pendek dan tudung sarung. Aih. Macam mak indon bibik-bibik je. lahaaiii. Wardah tengah berhenti sidai baju seketika taip entry sebab takut punye pasal. 

ampaian luas dan besar
macam ni la figure ampaian kat belakang asrama tu.... T.T

Tengah sidai-sidai baju tu, tiba-tiba Wardah terasa nak memandang ke hadapan.  Sekali tengok ade dua orang lelaki tengah pandang ke arah Wardah. Mereka tengah berdiri kat tingkap. Dua-dua kat tingkap. Sorang tak pakai baju, seorang pakai tshirt oren ke merah macam tue. Blok tu taklah dekat sangat dengan ampaian. Ada juga pagar batu yang mengelilingi ampaian macam sempadan. Wardah dah kalut dah. Mula-mula buat biasa je. Lepas tu macam dapat tangkap apa yang dorang tengah bincangkan. Hurm. Wardah macam dapat rasa dia tengah pegang hp masa tu. Salah seorang daripadanya. Tetiba macam dengar ada yang kata "Kau dapat tangkap tak?" errrrr. Tangkap ape pulak niii. Wardah dah cuak. Nauzubillah. adoiii. 

Takutlaaaa!!!! Apa yang nak ditangkap tuu. Harap-harap dia nak amek gambar pemandangan je. Kalau dia amek gambar Wardah adoi, memang Wardah tak redha laaaa. Suka hati je nak amek gambar orang lain. T.T Wardah memang salu hidai baju kat belakang tu. Biasanya tak ada sape-sape pun. Memandangkan ampaian tu pun besar jadinya memang terpaksa hidai kat belakang. Rumate pula minta tolak hidaikan baju dia sekali. Ada dalam satu bakul besar tu. Baju Wardah ada tambah-tambah dalam 3 ke 4 helai macam tu. Lagipun Wardah memang banyak terhutang budi pada dia. Jadi bila dia minta tolong Wardah iakan aje. Lagipun dia pun baik. hummm. Ada je ampaian kat atas means yang guna dawai tu. Tapi tu aras atas. Aras bawah memang tak ada ampaian dawai tu. Kene hidai kat belakang. 

sidai baju basah
contoh ampaian dawai versi kartun 


Ape nak buat ek. Harap-harap tak nampaklaaa muka Wardah. Wardah harap henphone dia jatuh dari tingkat atas tu. Huwaaaa T.T Wardah harap henphone diorang tak canggih manggih skala camera pun pecah-pecah. *jahatnye doa pelik-pelik*

Aminn. Takutnya korunkkk..........!

p/s : Tolongla jangan intai orang nak hidai baju. Adehh

7 comments:

  1. Eee..takut gak dgq kan..kalau hantu tak pa lagi..ni lelaki yang bernyawa ..kang tak pasai2 gambaq wardah jadi viral pulak...mcm2 zaman la ni...awat pagaq rendah sgt...sepatutnya kena buat sama taraf dgn tinggi bangunan kan..

    ReplyDelete
  2. haiyo boleh pulak intai anak dara org ye. yang pagar tu pon patutnye kena la lagi tinggi kan. hurmm.hati2 ye wardah.

    ReplyDelete
  3. oh..rupanya diintai..secret admire kot.. *_^

    ReplyDelete
  4. Takutnya pulak harap xde pape la tu.... kena berhati2 tu wardah

    ReplyDelete
  5. infonya sangat menarik...
    mantap...

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...