Haha, teringat pulak tajuk lagu rap tu. Jom ke Pasar Malam, jom ke Pasar Malam. Haha. Petang tadi, kedai printer telefon yang printer kene buat catridge baru memandangkan catridge tu dah rosak. Patutlah tak keluar dah dakwat warna merah kuning. Kene charga RM80 sebab nak ambil yang catridge ori.Wardah takut nak ambil yang recylce punya. Kembar dan zaujnya dah hantarkan, memandangkan printer ade dalam kereta meke, jadinya tak keluar dengan meke. Hihi. Biarlah hari ini dyeorang privasi sikit. Betul tak? ;)
Elaun oh elaun, bilakah kamu kan kunjung tiba......
Memandangkan kedai baiki printer dah kol, Wardah pun cakap hendak baiki kemudian.. maknanya printer akan dapat dibaiki bila tiba elaun. Duit tinggal cukup-cukup untuk makan memandangkan tak tahu bilakah ia akan masuk. Jadinya kene ambil printer dekat kedai sana. Infinity nama kedai tu. Hari ini pula ada pasar malam. Waktu tengah menaip ni, Wardah kekenyangan. Alhamdulillah.
Pasar malam ni kat area bandar. Dalam 5 ke 10 minit dari maktab dengan menaiki kerete prebet sapu, sampailah. RM1 seorang untuk tambang ke bandar sini. Ke PT dyeorang panggil. PT tu kedai yang bernama Pantai Timur. Pasar malam ni area PT tu la. Kedai Infinity pun area situ-situ jugak. Kire nak beli barang ke makan ke, beli dekat area-area PT ni. Pasar malam sini besar la jugak. Ada bahagian baju-baju, ada bahagian makan-makan. Belah makanan, belah atas, belah baju-baju bahagian bawah. Tak ambil pula gambarnya. Memang ramai yang datang sini. Pelajar dari UMK pun datang. Mereka lagi dekat.
Jom kita tengok-tengok gambar.
Maaf sebab tak banyak.
Banyak pilihan air. Milo, laicikang, cendol, nyor, nenas, macam-macam lahhh. RM1 sahaja guna bekas cawan tu, RM2 plastik yang bungkus tu. Ramai yang beli air masa ni, orang semua keliling kedai.
Ni kedai lain pula, unik tengok cucuk-cucuk tu. Biasa kat Melaka yang simple-simple je, sosej, nudget, ketam, meatball, kat sini macam-macam ada.
Wardah teringin nak makan nasi kerabu. Tetapi, dalam masa yang sama, Wardah teringin nak makan kuew tiow goreng. Kuew tiow merupakan fave Wardah, tapi kecur air liur bila tengok kuew tiow, jadinya tak jadi beli nasi kerabu, beli kuew tiow je. Lain masa kite cuba nasi kerabu! Hihi
haaa, nilah my faveret. Tengok orang yang goreng tu macam sedap je. Alhamdulillah sedapppp, kenyang sangat!
Hari ni tak banyak setoriii sangat. hihi. Wardah fikir macam-macam kowt. Minggu ni minggu terakhir kelas, Wardah praktikum mula 1hb Februari nanti dan akan berakhir 30 April nanti. Masa ni kami kene buat cadangan penyelidikan tindakan masa kat sekolah tu. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan ya! :)
Adios!
p/s : Nak setelkan kerja yang belum siap. Nak basuh baju. Lipat baju. dll.
pergi pasar jugak tadi. heheh :D
ReplyDeletehihi,samalah kiteee.. seppp sikit! :)
Deletewah..jadi lapar terus tengok makanan..hehe..
ReplyDeletehaha, xpe,, akak pun boleh masakk.. kite pakat beli je.. XD
Deletesaya di Sabah... di Sabah tak ada pasar malam yg begini... kami pasar siang yg dipanggil Tamu... lebih kurang macam ni tapi lebih banyak barang2 basah dari makanan... lama tak ke pasar malam di Semenanjung, sesekali dapat pegi best jugak
ReplyDeletesalam kenal dan salam singgah
dah lama tak ke pasar malam... murah dan sedap!
ReplyDeletejom jom jom ke pasar malam! ha ha apa punya lagu daa..all the best wardah!
ReplyDeletememang nampak menyelerakan
ReplyDeletePasar.. Syurga makanan.. Hahah
ReplyDeleteorg lain kalau ke pasar malam balik tangan penuh plastik. tapi saya kalau dah habis pusing pun, tangan kosong lagi. sbb tau tau nk beli mana 1.. heheh
ReplyDelete