Pages




23 Jan 2015

Jumaat Outing's With Kembar!


Alhamdulillah, dalam pukul 7 lebih tadi, Wardah dah selamat tiba kembali kat IPKB ni. Banyak ke Wardah shopping? Amacam best tak keluar dengan kembar dan zaujnya? hihi .

 Dalam pukul 3 petang macam tu, dyeorang pun datang. Wardah dah siap-siap angkat printer bawa pergi kat Mak Guard. Tunggu mereka kat sana ajelah. Ingatkan boleh letak barang sementara tunggu dyeorang datang, nak letaklah kat Mak Guard tu, tapi tak boleh. Bukannya Wardah nak biarkan barang dekat situ, Wardah just nak tunggu kat Mak Guard dan letak kejap je barang. Huh. Tak boleh. Tak apalah, bawa diri kat tepi asrama jelah. 
Bila dyeorang sampai, Wardah pun pergilah dekat kereta dyeorang. Macam-macam perasaan ade. Yelaaaa, menumpang orang kan. Nak beli barang-barang, nak pergi sinilah, pergi situlah. Haishhh, segan deh. Dekat sini Wardah tak bawa pun kereta Wardah. Tinggalkan dekat Melaka. Sebabnya takut Wardah cuai masa bawa kereta ke sini. Takut mengantuk, takut Wardah accident teruk macam dulu.. Tak tahu? Boleh semak gambar kenderaan tu di SINI
Jalan ke kereta dyeorang, alamak, nampak dah bayang-bayang suami kembar. Malu--maluuu.. Nak menumpang ni.. Kembar keluar dan bukakan pintu dan Wardah pun masuk. Letak printer semua. Mula-mula Wardah banyak senyap jugakla. Tak tahu nak cakap ape. Tapi dyeorang berdua ni rancak berbual, just dengar-dengar ajelah. Kembar Wardah ni, memang banyak cakap, tapi sopan aje bahasa dia. Wardah suka dengar. Bayangkan orang Sabah yang fasih cakap longat Kelantan. Kahwin pula dengan orang Terengganu. Selalunya, suami dia datang hujung minggu untuk jumpa dengan dia. Sweetkan? 
Hari ini pergi ke Tesco, pergi ke KB Mall dan pergi ke IPKB semula. Wardah shopping barang-barang keperluan aje. Maggi, Kuew Tiow Pama, fail, pembalut hadiah, Mee Sedap, Biskut Cracker Sandwich. Buat bekalan sementara elaun belum keluar. Bayangkan nak berpraktikum tapi duit tengah kering?? Hurmm, sabar ajelah, kekalkan minda positif sahaja insya allah semuanya baik-baik aje.. 
Kad Manila, Pembalut hadiah, fail, pen warna warni - nak jadi cikgu kan

Makanan bekalan cukupla kowt sementara tunggu elaun masuk. kekekeke. Alhamdulillah ada bekal.

Kembar dan suami dia sangatlah sesuai bersama, tapi biasalah suami isteri muda ni, ramai orang ingat diaorang ni kapel kowt. Haha. Sebab muda sangat. Tak ambil pun gambar dengan dyeorang, segan. Hihi. Kembar ni ialah classmate Wardah ye, bukan kembar betul. Orang di sini yang katakan muka ada iras-iras. Wardah rasa biasa sahaja. Huhu. Sambung, masa dekat Tesco, ada jugalah beli sushi, sebagai alas perut pagi tadi tak makan, hoho dan kiteorang makan dekat KFC kat KB Mall. 
Makan dan makan. Kat bilik masih ada lagi seketul ayam dan cheezy wedges yang belum di makan. Hoho. Wardah ingatkan kembar beli snack plate untuk dia sorang sebab ade dengar kata asben dia nak makan beger. Haha. Ingat Wardah bolehlah makan sensorang jugak sampai habis. Rupanya kembar makan dengan asben dia. Laju je habis. Hahahaha. Last-last Wardah bungkus cheezy wedges tue. Hihi. Malam-malam kang laparrrr lah tu. Tak habis makan sebab dah kenyang.. Haha.
Esok pun keluar lagi dengan mereka. Pergi hantar printer. Repair. Haish. Baik betul mereka berdua ni. Rasa dah mula terhutang budi pula. Hanya Allah sahaja yang boleh balas budi baik mereka berdua ni. Lepas tu masa nak hantar Wardah semula dengan asrama, dyeorang ceritalah minggu depan nak ajak Wardah pergi pantai. Nanti nak dekat raya ajak pergi shopping Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah sebab Allah hadirkan mereka dalam hidup ini. Sebak. 
p/s : Semoga pertautan ini akan kekal sampai bila-bila. Love you kembar!

17 comments:

  1. Suspen Kak wana..ingat kembar betul..hihik..Kak wana pun ada kembar seiras masa kat kolej dulu..sampai skang kitorang masih berhubung.dia la bff Kak wana skang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kalau ade kembar betul pun best jugak. hoho.. kat dalam ipg sini je :) wahh,, bagusnya, still contact sampai skang. nak bercita-cita macam tue jugak la.. :)

      Delete
  2. Ingatkan wardah ada kembar sungguh tadi. hehehe. senior senior kita ramai yang kawen muda. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. suprise! hoho. bagusla. haha. 2 3 hari ini asek cte pasal kahwin je haha

      Delete
  3. mesti memang dah macam kembar kalau org tegur muka sama. hehe.
    comel la sis wardah. hee. kemas je tudung bawal tu. kalau BV, penyek2 dah. hehe.
    ada tips tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kowt.. budak2 sini yg ckp. haha. haha, nak tips ke? insya allah tgu entry :)

      Delete
  4. Stok megi banyak tu. Tahan berape lame...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. setakat seminggu dua tahan lah kowt :)

      Delete
  5. baca baca.. apa yg kembarnya hehehehe. Dtg sini dan follow ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, muka kowt tang mata bolat tu. hahaha.

      terima kasih nanty wardah follow back ! :)

      Delete
  6. insya allah akak :) alhamdulillah. seronok juga. ^_^

    ReplyDelete
  7. ooo sronok jln2..bgus la dpt kawan yg baik2 dan masa bljr sgt sronok..ramai jumpa kwan2 yg sekepala..wardah kena hargainya.. wardah org mlaka ea..best x duk klantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, aah orang melaka.. best jugak :)

      Delete
  8. anda menang dalam segmen shahril . jom tngok senarai pemenang disini !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/senarai-pemenang-bagi-segmen-jom-masuk.html

    ReplyDelete
  9. Seronok kawen muda ni.. Huhuhu

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...