2 Jan 2015

Kenapa Kucing Makan Rumput

Kucing makan rumput
kredit gambar : KittyWorld
Bila terlihat kucing-kucing ataupun kucing anda sendiri makan rumput jangan pernah halangnya. Memang nampak pelik, Wardah pun pelik pada mulanya. Bila abang Wardah ada terangkan yang bila kucing makan rumput sebenarnya untuk kawal hairball atau gumpalan bulu. Memang sifat natural seekor kucing akan mencari rumput untuk buang hairball tu. Kalau tak buang jugak, boleh sebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya. Patutlah kadang-kadang Mimo macam nak muntah, cam loya-loya gitu. Hoho.
Gumpalan hairball boleh menyebabkan ia tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tak dirawat segera. Bila kucing makan rumput-rumpur ini, dia akan memuntahkan balik rumput dengan gumpalan bulu ataupun hairball. Kucing akan lebih selesa bila sudah memuntahkan hairball ini.
hairball yang di muntahkan kucing
contoh hairball.. ehsan Google. 

Patutlah kadang-kadang tengok Mimo asyik nak keluar rumah aje. Haaa, barulah tahu. Dia nak ubat diri dia sendiri dengan cara memakan rumput tu! Jadi buat pembela-pembela kucing, kucing sebenarnya rumput untuk mengubati dirinya. Kucing pula lebih merasa bebas dan dapat bermain dengan gembira. Selain itu, kalau kucing kita makan sesuatu bukan makanan ruji seperti kertas, sayur, bunga, plastik, sebenarnya kucing itu sedang terdesak untuk mengeluarkan hairball tersebut. Bila makanan yang kurang selamat ini dimakan akan mengakibatkan kucing tercekik atau akan menjadi lebih teruk. Mimo pun pernah muntah-muntah loya ni. Ohh, patutlah. 

So, pencinta kucing, jagalah kucing anda sebaiknya dan bebaskan dia petang-petang di luar rumah supaya dia lebih ceria dan lebih sihat!

SAYANG MIMOOOOO... 

22 comments:

  1. Hehe.. Biasa kucing2 bintang kalau kami x bagi dia keluar.. Dia sndri akan panjat pagar and carik rumput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. kan, sebenarnye kucing ni pun sangat bijak rupanya.. ^_^

      Delete
  2. mmg kucing makan rumput... tapi lpas tu muntahkan smula...

    ReplyDelete
  3. betul2 tu kucing makan rumput nak buang gumpalan bulu2 dalam tekak dia tu... sbb tu kalau kucing kurang minum air makan rumput ni kurus jer tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, kesian pun ada kan bila tengok.. huhu

      Delete
  4. Kucing tu kekurangan ehsan tuan dia sebab tak bagi friskies. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. friskies lagi mahal, kite beli makanan yang sedang2 je harga dia. hoho XD

      Delete
  5. ina tak pernah lagi bela kucing hehe.. tapi suka tgk kucing.. btw nice sharing akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, dulu tak pernah terfikir nak bela kucing macam MImo ni, haaa, ne taw besar-besar nanty mok bela kucing. hihi XD

      Delete
  6. kucing paling suka daun kucing galak. Kalau dapat daun tu, tudiaaaa memang depa tak hingat dunia.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun kucing galak tu daun ape? hihi. kene google lah ni.

      Delete
  7. ibu saya pun kata rumput tu kire mcm ubat dia.

    ReplyDelete
  8. i cat lover too...btw hana mmg lepas kucing secara bebas,,..sangkar kucing pown x prnh ada....mmg rumput ubt utk kucing ayh pown ckp mcm 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, sebab Mimo ade orang bagi siap sangkar lagi. abang Wardah yang bagi.. kene jaga leklok.. hihi :)

      Delete
  9. terfikirlah kucing mkn rumput utk ubat tapi tak perasan lak muntahnya ada benda tu ... next time nak tgk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mula-mula tak perasan ade hairball ni, dua kali tengok ada, tapi tak sebesar dalam gambar. hoho

      Delete
  10. owhh k.ana baru tawu ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, yeke kak.. masa abang Wardah bagitawu pun Wardah cam tak percaya. hahah

      Delete
  11. kucing sy dulu makan rumput lepastu dia berak tertinggal rumput kat *belakang* dia.. haha terpaksa gak marah dia jgn mkn rumput x) http://ijahoney.blogspot.com/ btw nice sharing :D

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...